Perkara ini didedahkan oleh penganalisis terkenal, Ross Young. Menurutnya, Samsung sekurang-kurangnya akan melancarkan tiga model telefon boleh lipat. Sebagai tambahan, Young menyatakan tiada model Z Fold Lite yang akan dilancarkan, namun kemungkinan akan adanya model Z Flip Lite.
https://twitter.com/DSCCRoss/status/1337052756465635329
Dalam masa yang sama, Google pula dikatakan bakal memperkenalkan satu model di bawah segmen yang sama.
Sebelum ini, Google telah pun dikhabarkan bakal memperkenalkan peranti boleh lipat seawal tahun hadapan. Pada tahun lalu, Google mengesahkan dalam usaha membangunkan protaip serta mempatenkan teknologi peranti boleh lipat. Dengan nama kod "Passport", ia merujuk kepada "foldable" atau boleh lipat.
https://twitter.com/DSCCRoss/status/1337038440223870976
Sementara itu, sejumlah empat lagi model akan dilancarkan oleh Xiaomi, vivo dan OPPO. Ini bermakna, salah satu daripada jenama tersebut akan melancarkan dua model telefon boleh lipat.
Daripada tiga jenama ini, Xiaomi satu-satunya jenama yang pernah memperlihatkan demo telefon boleh lipat. Namun, kesemua jenama ini telah memfailkan paten bagi rekaan boleh lipat itu. Baru-baru ini, OPPO juga telah dilapor mempatenkan rekaan tersebut.
Sudah pasti 2021 akan menjadi lebih menarik dengan kehadiran lebih banyak pengeluar dalam segmen pasaran telefon boleh lipat.
Bagi anda pula, telefon boleh lipat dari pengeluar manakah yang dijangka bakal menarik perhatian anda? Tinggalkan komen anda.
Sumber: Ross Young
Berkaitan
- Imej Samsung Galaxy Watch 3 Tertiris, Hadir Dengan Bezel Lebih Nipis
- Ini Mungkin Adalah Rekaan Siri OPPO Reno5 Yang Didakwa Tertiris
- Huawei, Xiaomi, SMIC Serta 87 Syarikat Lain Akan Tubuhkan Jawatankuasa Piawaian Semikonduktor
- Google Dilapor Sedang Membangunkan Perkongsian Aplikasi P2P Di Play Store
- Tiada Had Panggilan 60 Minit Google Meet Untuk Semua Pengguna Gmail Sehingga Tahun Hadapan
- Google Lancar Android 11 Developer Preview
- Samsung Dilapor Sedang Membangunkan Peranti Dengan Kamera Pop-up
- Google I/O 2020 Akan Diadakan Pada 12 Mei
- Acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 Akan Berlangsung Pada 5 Ogos
- Jualan vivo TWS Neo Bermula 11 Julai, Ditawarkan Pada Harga RM359