Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 12 Developer Preview

Google Perkenal Android 12 Developer Preview

Diterbitkan Februari 19, 2021 oleh Amalina Athman

Google hari ini telah memperkenalkan Android 12 Developer Preview, yang merupakan sistem operasi Android untuk versi akan datang. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pratonton pertama untuk pembangun ini akan tersedia bagi peranti Pixel terlebih dahulu.

Android 12 Developer Preview

Menerusi Android 12 Developer Preview, ia membawakan beberapa pembaharuan termasuk fokus kepada privasi, sokongan imej dalam format AVIF yang lebih baik berbanding format JPEG serta keupayaan transkoding media secara automatik.

Antara lainnya termasuk kemas kini Android yang boleh dilakukan melalui Google Play, beberapa perubahan antaramuka (UI) serta kemas kini notifikasi yang ditambahbaik.

Bagi yang ingin memuat turun Android 12 Developer Preview, ianya boleh dilakukan secara manual pada peranti Google Pixel 3 / 3 XL, Pixel 3a / 3a XL, Pixel 4 / 4 XL, Pixel 4a / 4a 5G, atau Pixel 5.

Android 12 Developer Preview

Buat masa ini, ia merupakan pratonton pertama bagi pembangunan Android 12 dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Android 12, kita mungkin perlu menunggu pengumuman akan datang.

Sumber: Google Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY