ASUS ROG Phone 2 Diumumkan Dengan Snapdragon 855+ Dan Bateri 6000mAh

Pada keluaran pertama telefon pintar memfokuskan permainan, ASUS sedia menyediakan spesifikasi serta sejumlah ciri terbaik untuk ditawarkan kepada pengguna diluar sana.



 

Kini sebagai penyambung, ASUS ROG Phone 2 telah diperkenalkan secara rasmi yang mana ia turut berkolaborasi bersama pembangun aplikasi permainan popuplar, Tencent. Spesifikasi ROG Phone 2 adalah seperti berikut;

  • Skrin paparan AMOLED 120Hz FHD+

  • Snapdragon 855 Plus

  • RAM 12GB

  • Storan dalaman UFS 3.0 512GB

  • ROG UI berasaskan Android 9 Pie

  • Kamera hadapan 24MP

  • Dwi kamera belakang 48MP (Sony IMX 586) + 13MP

  • Bicu audio 3.5mm

  • Port USB C dengan sokongan pengecasan pantas 30W HyperCharge

  • Sensor imbasan cap jari pada paparan

  • Bateri 6000mAh


Masih mengekalkan imej "garang" pada rekaan belakang yang diserikan lagi dengan kehadiran Aura RGB, ciri AirTrigger kini dikatakan lebih baik berbanding generasi yang pertama.



Selain daripada itu, ASUS turut menyediakan sejumlah aksesori tambahan untuk bakal pembeli seperti penyejuk, alat kawalan ROG Kunai Gamepad dan lain-lain lagi.



Peranti ini akan dipasarkan di China terlebih dahulu sementara pasaran global yang lain dijadualkan penawarannya sekitar minggu pertama September. Harga jualan peranti ini masih belum didedahkan lagi.