Asus ROG Mothership GZ700 Diperkenalkan, Dilengkapi Kad Grafik Nvidia GeForce RTX 2080

Hari ini nampaknya hari yang sibuk bagi Asus dimana syarikat itu telah tampil mengumumkan beberapa model baru.



 

Sebuah lagi model yang dikatakan mampu menggantikan dekstop adalah Asus ROG Mothership yang mempunyai rekaan menarik untuk dipertaruhkan kepada kaki game diluar sana.



Mothership didatangkan dengan skrin papara IPS FHD 17.3 inci dengan kadar penyegaran 144Hz serta sokongan teknologi G-Sync. Memperkuatkan sistem dalaman adalah cip pemprosesn Intel i9-8950HK digandingkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080.



Berkenaan dengan rekaan Mothership, papan kekunci komputer ini boleh dicabut atau dipasang secara magnetik dan menjadikannya seperti sebuah laptop. Dibelakang panel paparan terdapat kaki yang akan terbuka automatik apabila peranti menyentuh permukaan meja.



Sistem pengudaraan berada disisi panel paparan membenarkan haba mudah keluar tanpa terperangkap diantara papan kekunci dan meja seperti kebanyakkan laptop.

Spesifikasi penuh adalah seperti dibawah;

  • Pemproses Intel Core i9 -8950HK

  • Paparan 17.3 inci FHD (1920 x 1080) 144Hz, 3ms, 100% sRGB, G-SYNC

  • Pemproses Grafik Nvidia GeForce RTX 2080, 8GB GDDR6 VRAM

  • RAM DDR4 2666MHz SDRAM (dwi saluran)

  • Storan: 3 x M.2 NVMe SSD 512GB

  • WiFi 6, Bluetooth 5.0

  • Sambungan:

    • 1 x USB 3.1 Gen 2 type C / Thunderbolt 3

    • 1 x USB 3.1 Gen 2 type C / VirtualLink

    • 3 x USB 3.1 Gen 2

    • 1 x USB 3.1 Gen 1

    • 1 x HDMI 2.0

    • 1 x 3.5mm combo jack fon kepala dan mikrofon

    • 1 x 3.mm mikrofon

    • 1 x RJ 45

    • 1 x slot kad SD



  • Audio: 4 x 4W speaker dengan teknologi penguat pintar.

  • Berat 4.7kg

  • Ukuran 410 x 320 x 29.9mm