Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Swift

ASUS Perkenal Monitor ‘Gaming’ 360Hz Pertama Di Dunia

Diterbitkan Januari 6, 2020 · Dikemas kini Januari 6, 2020 oleh ariff bukhari

Monitor ROG Swift 360Hz dilengkapi teknologi NVIDIA G-SYNC.

ASUS menerusi jenama ROG (Republic of Gamers) telah perkenalkan model terbaru monitor ‘gaming’ berprestasi tinggi dengan kadar segar 360Hz. Sekaligus menjadikannya yang pertama di dunia dengan kadar segar semula setinggi itu.

Berbanding model monitor dengan kadar segar 240Hz yang ada ketika ini seperti yang terbaru ditawarkan dari Samsung G7 dan G9, ROG Swift 360Hz didakwa mampu memberikan sehingga 50% lebih banyak  jumlah bingkai persaat.

ASUS Perkenal Monitor ‘Gaming’ 360Hz Pertama Di Dunia
Ia juga turut menyokong teknologi NVIDIA G-SYNC.

Walau bagaimanapun, Asus tidak berkongsikan lebih lanjut spesifikasi penuh paparan berkuasa ini. Kecuali hanya memberitahu ia akan ditawarkan pada saiz paparan 24.5 inci dan berdefinisi penuh (FHD).

Tetapi Asus memaklumkan, ROG Swift 360Hz G-SYNC dijangka akan ditawarkan pada tahun ini juga (tiada tarikh dinyatakan). Sementara harganya pula hanya akan diberitahu kelak apabila ia sedia memasukai pasaran.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY