Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asus Mengumumkan ROG Phone 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Oktober Nanti

Asus Mengumumkan ROG Phone 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Oktober Nanti

Diterbitkan September 20, 2019 oleh ariff bukhari

Telefon pintar berprestasi tinggi generasi kedua dari Asus.

Asus sebentar tadi telah mendedahkan bahawa  mereka akan melancarkan telefon pintar berprestasi tinggi mereka iaitu Asus ROG Phone 2 secara rasminya di Malaysia pada 16 Oktober 2019.

Asus ROG Phone 2 merupakan kesinambungan daripada model pertamanya yang telah dilancarkan di Malaysia dalam bulan Oktober tahun lepas.

Bagi versi tempatan, ASUS ROG Phone 2 dijangka akan dilengkapi dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM serta storan berkapasiti sehingga 1TB. Malah Asus juga bakal menyertakannya sekali dengan pengecas pantas berkuasa 30W.

Manakala bagi spesifikasi lain pula, ia akan menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci (120Hz), dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 855+, kamera utama berkembar 48MP + 13MP, kamera hadapan 24-megapiksel serta bateri berkapasiti 6000mAh.

Asus ROG Phone 2 1

ASUS ROG Phone 2 telah lebih dulu dilancarkan di China pada Julai lalu dan kini tiba giliran para peminat Asus di Malaysia pula untuk merasai telefon pintar Asus berprestasi tinggi ini.

Buat masa ini, belum ada sebarang makluman tentang harga jualannya. Model pertama ASUS ROG Phone dahulunya dijual bermula dari harga RM3,499.00.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY