[UPDATED]Asus Memperkenalkan 4 Model Zenfone Baru- Zenfone 4 Pro, Zenfone 4, Zenfone 4 Selfie Dan Zenfone 4 Selfie Pro

Hari ini merupakan salah satu hari yang bersejarah buat pengeluar telefon pintar dari Taiwan, Asus, dimana syarikat itu telah melancarkan 4 model telefon pintar siri Zenfone 4 sekaligus.

Acara pelancaran "We Love Photo" yang baru sahaja tamat tadi telah berlangsung di bandar Taipei dengan dihadiri Gong Yoo, pelakon pujaan ramai dari Korea Selatan yang dilantik menjadi duta bagi siri model tersebut.

Empat model telefon pintar yang dilancarkan hari ini terdiri daripada...

  1. Zenfone 4 Pro,

  2. Zenfone 4,

  3. Zenfone 4 Selfie,

  4. Zenfone 4 Selfie Pro.


...dan tumpuan harus diberikan kepada Zenfone 4 Pro selaku telefon pintar perdana (flagship) kerana ia disasarkan untuk bersaing dengan dengan peranti Snapdragon 835 yang lain. Mari kita lihat ringkasan model-model yang dipertontonkan pada acara berkenaan.

1. Zenfone 4 Pro



Antara yang menjadi sebutan adalah model Zenfone 4 Pro iaitu sebuah telefon perdana yang dilihat duduk sebaris bersama OnePlus 5, Xiaomi Mi 6 dan HTC U11.

Ianya dimuatkan bersama cip pemprosesan Snapdragon 835 disamping RAM sebesar 6GB. Paparan skrin pula dibina dengan skrin HD penuh IPS bersaiz 5.5 inci dan dijalankan dengan sistem operasi Android 7.1.1 terus dari kotak.

Kamera utama memperlihatkan sensor duo-piksel pada 16-Megapiksel dengan keupayaan zoom pada total 10x.  Dengan menggunakan imej sendor Sony IMX 362, mereka mendakwa kamera utama peranti ini mampu menghasilkan gambar 8 kali lebih cerah dalam low-light.

Untuk kamera utama bersama f/1.7 manakala f/1.9 dikamera depan. Peranti ini membawakan keupayaan zoom optikal 2x manakala kapasiti bateri adalah 3,600mAh.

Zenfone 4 Pro akan dijual pada harga $599 iaitu sekitar. Namun menurut wakil dari Asus Malaysia, Steven Wong, peranti ini tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia.



2. Zenfone 4



Asus Zenfone 4 hadir dengan skrin berukuran 5.5 inci bersama paparan HD penuh IPS. Peranti ini dikuasakan dengan variasi cip pemprosesan Snapdragon 630 dan 660 digandingkan dengan RAM 4GB. Kami diberitahu hanya variasi SD 630 yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Ianya dimuatkan dengan bateri 3,300 mAh.

Dari segi kamera, Zenfone 4 dibina dengan tetapan dwi-kamera duo piksel 12MP bersama aperture f/1.8 bersama. Dengan sensor imej IMX 362, mereka mendakwa kamera utamanya mampu menghasilkan gambar 5 kali lebih terang bersama penstabilan imej 4 paksi.

Kamera di bahagian hadapan pula adalah 8-Megapiksel. Ianya ditawarkan pada harga $399 ~RM 1713



3. Zenfone 4 Selfie



Model ke dua Asus Zenfone 4 Selfie dan seperti yang tertera pada nama model ini, ianya memfokuskan pada pengguna yang gemar menggunakan kamera selfie. Ianya mempunyai skrin AMOLED HD penuh berukuran 5.5 inci dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 430 bersama RAM 4GB. Peranti ini juga dimuatkan dengan kapsaiti bateri 3,000mAh.

Ianya hadir dengan tetapan dwi-kamera selfie duo-piksel 20-Megapiksel manakala kamera utama dengan 16-Megapiksel. Ianya dijual pada harga $279 ~(RM 1198).





4. Zenfone 4 Selfie Pro



Asus Zenfone 4 Selfie Pro juga seperti namanya, merupakan model versi naiktaraf daripada model Zenfone 4 Selfie. Ianya tampil dengan paparan skrin AMOLED HD penuh berukuran 5.5 inci. Dibina dengan cip Snapdragon 625 bersama RAM 4GB dan bateri 3,000mAh.

Ianya datang dengan tetapan dwi-kamera dengan ciri duo-pixel 24-megapiksel bersama kamera utama 16-Megapiksel. Dijual pada harga $379~RM 1627



5. Zenfone 4 Max Pro



Model terakhir adalah Zenfone 4 Max pro. Tetapi 'Max' pada nama tidak melambangkan model yang dipertingkatkan daripada Zenfone 4 tetapi sebaliknya membawakan kapasiti bateri yang lebih besar. Telefon ini tidak diumumkan semasa acara WeLovePhoto di Taiwan tetapi ianya boleh didapati secara pra temph seawal minggu hadapan.

Hadir dengan paparan skrin IPS HD 5.2 inci bersama cip pemprosesan Snapdragon 425 bersama RAM 3GB. Saiz bateri untuk model ini adalah 4,1000 mAh.

Dari segi kamera pula, ianya didatangkan dengan dwi-kamera utama iaitu kombinasi sensor 13MP+5MP dan kamera selfie 8-Megapiksel. Ianya dijual pada harga RM 1099 melalui pra-tempah.

Pada yang berminat, anda boleh pra-tempah sekarang untuk mendapatkannya pada harga yang lebih rendah.