Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lepas Serangan WannaCry, Muncul Pula Malware Terbaru Yang Mensasarkan Apple Mac – Pakar Sekuriti

Lepas Serangan WannaCry, Muncul Pula Malware Terbaru Yang Mensasarkan Apple Mac – Pakar Sekuriti

Diterbitkan Jun 14, 2017 · Dikemas kini Jun 14, 2017 oleh Haikel Areff

Malware yang mensasarkan peranti Apple Mac ini telah ditemui oleh syarikat firma sekuriti Fortinet dan AlienVault di dalam dark web.

Walaupun virus ini tidak membawa ancaman sehebat WannaCry, tetapi ianya masih memberi impak kerosakan yang bahaya kerana virus ini menyulitkan fail mangsa dan secara tidak langsung dapat mengakses maklumat peribadi pengguna.

Mengikut laporan dari Fortinet, mereka mendedahkan pencipta virus ini merupakan kalangan jurutera dari Yahoo dan Facebook dengan pengalaman besar dalam pembinaan perisian.

Di dalam portal dark web, pencipta virus ini menggesa pada mereka yang bersedia untuk menggunakan program ini untuk berhubung dan memberikan butir-butir bagaimana mereka mahu malware berfungsi.

Dalam usaha untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, pihak Fortunet berlakon sebagai pembeli dan telah menerima sampel malware tersebut.

“Jika dilihat daripada masa yang diambil untuk menerima maklumat balas, penciptanya mungkin berada di dalam zon masa yang berbeza kerana mereka memberi respon pada waktu malam” Dakwa Fortunet dalam laman blog mereka.

Fortinet mengatakan bahawa program ini adalah untuk mereka yang ingin mendapatkan wang mudah daripada rakan-rakan dan keluarga yang menggunakan peranti Apple Mac. Ransomware ini juga menggunakan kaedah pembayaran menggunakan BitCoin.

Menurut satu laporan statistik dari MCAfee, terdapat kira-kira 450,000 malware mensasarkan  komputer Apple, jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan 23 juta program berniat jahat yang mensasarkan Windows. Namun, pakar-pakar memberi amaran kepada pengguna Mac supaya mula mengambil langkah berjaga-jaga

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY