Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ROG Phone Dapat Potongan Harga Sebanyak RM1000 Untuk Tempoh Masa Terhad

ASUS Malaysia Tawar Diskaun RM1000 Untuk ROG Phone Pada Hari Ini

Diterbitkan Jun 5, 2019 · Dikemas kini Jun 5, 2019 oleh Helmi Samsuri

Terdahulu, ASUS Malaysia sedia menawarkan ASUS ROG Phone dengan potongan harga RM1000 melalui Lazada Raya Sales pada 16 Mei lalu yang mana stok telah habis terjual dalam masa 2 jam sahaja. Tawaran yang sama turut dibuat ketika Shopee Super Brand Day (27 Mei – 29 Mei) dan mereka menyatakan sebanyak 100 unit telah berjaya disambar pembeli.

Melihat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli tempatan, ASUS Malaysia sekali lagi tampil dengan potongan harga serupa bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini. Diskaun RM1000 ini berjalan dalam tempoh satu hari sahaja (5 Jun 2019) dimana bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya dari Lazada dan Shopee. Promosi ini juga turut menyediakan aksesori percuma berupa Game Vice yang bernilai RM349.

ASUS Malaysia Tawar Diskaun RM1000 Untuk ROG Phone Pada Hari Ini

Anda boleh memilih salah satu versi yang ditawarkan; RAM 8GB + 512GB ataupun RAM 8GB + 128GB, masing-masing dijual pada harga RM2999 dan RM2499.  ROG Phone merupakan telefon pintar yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 845, mempunyai dwi kamera terdiri daripada lensa 12MP+8MP serta dijana dengan bateri 4000mAh.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY