Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Malaysia Lancar Chromebook CR11 Flip, Mampu Milik Dan Sesuai Untuk Kanak-Kanak

ASUS Malaysia Lancar Chromebook CR11 Flip, Mampu Milik Dan Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 24, 2023 oleh Amal Addin

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan ASUS Chromebook CR11 Flip iaitu sebuah komputer riba ChromeOS untuk pendidikan. Ianya didatangkan dalam bentuk boleh ditukar reka bentuk menjadi sebuah tablet multi sentuh bersaiz 11.6 inci.

ASUS Chromebook CR11 Flip direka tahan lasak dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak.

ASUS Malaysia Lancar Chromebook CR11 Flip, Mampu Milik Dan Sesuai Untuk Kanak-Kanak

ASUS Chromebook CR11 Flip  turut dihadirkan dengan aksesori stylus. Jadi, pelajar dapat dengan lebih mudah menulis, melakar atau mencatat idea di dalam peranti tersebut.

Garaged stylus sebuah pen pintar mempunyai reka bentuk push-pop dua hala. Terdapat juga butang yang berfungsi untuk mengawal desktop tanpa perlu menyentuh tetikus atau pad sesentuh dan juga boleh berfungsi seperti pemadam.

Mempunyai ketepatan dengan sensitiviti yang mempunyai tahap tekanan sebanyak 4096 dan latensi rendah untuk pengalaman menulis yang luar biasa.

ASUS Malaysia Lancar Chromebook CR11 Flip, Mampu Milik Dan Sesuai Untuk Kanak-Kanak
Garaged stylus juga akan tercas secara automatik apabila ia disimpan semula ke dalam perumah.

Pada ASUS Chromebook CR11 Flip juga terdapat sistem ASUS Antimicrobial Guard4,5 yang dapat melindungi pengguna daripada jangkitan bakteria atau virus. Tahap kebersihannya pun terjamin dan selamat digunakan oleh kanak-kanak.

Kos penyelenggaraan peranti ini juga tidak terlalu membebankan. Beberapa komponen utama seperti papan kekunci, pad sesentuh dan panel dapat diganti dalam masa beberapa minit sahaja hanya menggunakan alatan asas.

ASUS Malaysia Lancar Chromebook CR11 Flip, Mampu Milik Dan Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Peranti ini dikuasakan CPU Intel® Processor® 4-core N100 dan kuasa grafik Intel® UHD Graphics. Skrin pula jenis HD (1366 x 768), touchscreen. Jenis bateri 50 Wh, 3-cell Li-ion dengan pengecasan 45W.

ASUS Chromebook CR11 Flip mendapat akses daripada Google for Education termasuk akses penuh untuk Google Play7. ChromeOS dipasangkan untuk mendapat akses Google Workspace seperti Gmail, Docs, Drive, Kalendar, Meet dan yang seumpama dengannya.

ASUS Chromebook CR11 Flip hanya berharga RM 1,789 untuk spesifikasi 4GB LPDDR5 RAM dan storan 32GB eMMC. Manakala 8GB LPDDR5 RAM dan storan 64GB eMMC berharga RM 2,099. Waranti yang diberikan pula adalah selama 1 tahun.

Berkaitan

  • ASUS Umum 2 Komputer Riba Baharu Dengan Capaian 5G Dan 4G
  • CES 2023: Kita Dah Boleh Layan Filem 3D Dari 'Laptop' ASUS Selepas Ini
  • ASUS Malaysia Raih Anugerah Kategori Peranti dan Kamera Serta IT dan Peralatan Pejabat
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • ASUS ExpertBook B5 OLED, Laptop 16 Inci Teringan Di Dunia
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah

Sumber: ASUS Malaysia

(Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY