Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ExpertBook B5 OLED, Laptop 16 Inci Teringan Di Dunia

ASUS ExpertBook B5 OLED, Laptop 16 Inci Teringan Di Dunia

Diterbitkan Ogos 23, 2023 · Dikemas kini Ogos 23, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran model komputer riba terbaru mereka bagi siri ExpertBook iaitu ASUS ExpertBook B5 OLED.

ASUS menyatakan bahawa komputer riba mereka ini adalah model 16 inci yang paling ringan di dunia iaitu hanya seberat 1.4kg sahaja.

1 ASUS ExpertBook B5_B5602C_16 inch lightweitght laptop
Menggunakan material dari aloi magnesium-aluminium dan aluminium tulen, menjadikan berat keseluruhan komputer riba 16 inci ini hanya seberat 1.4 kg sahaja.

ExpertBook B5 OLED ditawarkan dari cip pemprosesan Intel Core i7 vPro, kuasa grafik dari INTEL Arc A350M, paparan OLED 16 inci, WQUXGA (3840 x 2400), sokongan RAM sehingga 40GB dan sokongan sehingga 2x storan M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD.

Malah bateri ExpertBook B5 OLED ini juga ASUS nyatakan bahawa ia mampu beroperasi sehingga 14 jam dengan sekali cas penuh.

Selain daripada ExpertBook B5 OLED, ASUS turut membawa masuk sebuah lagi komputer riba ke dalam pasaran tempatan iaitu ExpertBook B5 Flip OLED.

Juga dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 16 inci tetapi dengan ciri sentuh, engsel paparan ExpertBook B5 Flip OLED membolehkan ia dilipat 360° yang memberikannya fleksibiliti ketika bekerja.

1 ASUS ExpertBook B5 Flip 16 inch convertible with garaged stylus
ExpertBook B5 Flip OLED dikuasakan cip Intel Gen 12 ini juga tersedia stylus dengan ciri cas pantas, di mana ia boleh dicas sepantas 15 saat sahaja bagi memberikan kuasa yang mencukupi sehingga 45 minit penggunaan.

ASUS ExpertBook B5 OLED (B5602CV) boleh didapati daripada RM8,099, manakala ExpertBook B5 Flip OLED (B5602FB) pula akan dijual pada harga RM7,699.

Semua model ASUS ExpertBooks dilindungi oleh Waranti Global selama 3 tahun, jaminan bateri 3 tahun dan Waranti Sempurna 1 tahun.

Untuk spesifikasi lebih lanjut tentang kedua-dua model komputer riba ASUS terbaru ini, layari laman rasmi ASUS.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ExpertBook B9 - ASUS Perlu Usaha Lagi Tawar Komputer Riba Harga Mampu Milik
  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"

Sumber: Siaran Media ASUS

(Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY