Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asus 3d oled

CES 2023: Kita Dah Boleh Layan Filem 3D Dari ‘Laptop’ ASUS Selepas Ini

Diterbitkan Januari 5, 2023 ยท Dikemas kini Januari 5, 2023 oleh Firdaus

Consumer Electronics Show (CES) sedang berlangsung ketika ini di Las Vegas dan pelbagai jenama besar akan hadir untuk memeriahkan acara tersebut.

ASUS juga tidak terlepas daripada menyertai CES 2023 dengan banyak produk yang diperkenalkan seperti:

ASUS Spatial Vision: Teknologi OLED 3D Pertama Dunia Tanpa Cermin Mata

CES 2023: Kita Dah Boleh Layan Filem 3D Dari ‘Laptop’ ASUS Selepas Ini

ASUS Spatial Vision membolehkan kita untuk menikmati pengalaman 3D yang menyeluruh tanpa keperluan untuk memakai sebarang pengantara.

CES 2023: Kita Dah Boleh Layan Filem 3D Dari ‘Laptop’ ASUS Selepas Ini

Teknologi memudahkan pencipta kandungan untuk melihat perincian objek 3D secara terus daripada skrin. Oleh itu, ia membuatkan sebarang tugasan kerja dapat disiapkan dengan lebih cekap.

Mungkin selepas ini kita boleh menikmati pengalaman menonton filem 3D secara terus daripada komputer riba dengan teknologi ASUS ini.

Siri Kuasa Dan Kreatif

2023 CES_Zenbook_Onstage_Lineup

ASUS bakal memperkenalkan bermacam-macam pilihan peranti baharu seperti:

  • ProArt Studiobook Pro 16 3D OLED
  • Vivobook Pro 16X 3D OLED
  • Zenbook Pro 16X OLED
  • Zenbook Pro 14 OLED, dan banyak lagi

Inovasi Dalam Paparan

ProArt Display PA279CRV is a 99% DCI-P3 usbc monitor_SPEC
ProArt Display OLED PA32DCM is a 99% DCI-P3 OLED monitor with thunderbolt 4_SPEC

ASUS memperkenalkan 2 monitor dengan gred profesional – ProArt Display OLED PA32DCM dan ProArt Display PA279CRV.

Tidak lupa juga siri ASUS TUF yang dikuasakan CPU 13th Gen Intel Core atau AMD Ryzen 9 Zen 4.

Selain itu, siri ASUS TUF juga menyediakan pilihan GPU daripada AMD Radeon RDNA 3 atau pun NVIDIA GeForce RTX 40.

Ini merupakan sebahagian sahaja kejutan daripada ASUS untuk CES 2023 ini. CES 2023 akan berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat 6 Januari ini hingga Ahad 8 Januari.

Nantikan sebarang kemas kini daripada kami.

{suggest}

Sumber: Siaran Akhbar ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY