Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Umum 2 Komputer Riba Baharu Dengan Capaian 5G Dan 4G

ASUS Umum 2 Komputer Riba Baharu Dengan Capaian 5G Dan 4G

Diterbitkan Jun 23, 2022 · Dikemas kini Jun 23, 2022 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan versi terbaru 2 komputer riba mereka yang kini menyokong rangkaian selular 5G dan 4G.

2 komputer riba itu adalah ExpertBook B7 Flip (5G) dan B3 Flip (4G).

ASUS_ExpertBook B7 Flip_360_ degree_flippable
ExpertBook B7 Flip.

Komputer riba ExpertBook B7 Flip versi 2022 kini dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i5/i7 Gen-12 serta kuasa grafik dari Intel®Iris®Xe/UHD.

ExpertBook B7 Flip juga dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 14 inci yang menyokong stylus, sambungan tanpa wayar Wi-Fi 6 dan selular 5G.

ASUS ExpertBook B7 Flip akan mula berada di pasaran tempatan pada lewat bulan Julai 2022 nanti dengan harga jualan bermula dari RM8499.00.

ASUS Umum 2 Komputer Riba Baharu Dengan Capaian 5G Dan 4G
ASUS ExpertBook B3 Flip.

Turut diperkenalkan adalah komputer riba ExpertBook B3 Flip yang dilengkapi dengan sokongan capaian rangkaian 4G.

ExpertBook B3 Flip dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Gen-11 (i3/i5/i7) serta pilihan grafik sehingga Intel®Iris®Xe.

Ia juga dimuatkan dengan paparan sentuh IPS 14 inci serta ciri perlindungan bakteria ASUS Antibacterial Guard pada papan kekunci, pad sentuh (touchpad) dan bahagian rehat tangan (palm rest).

ASUS ExpertBook B3 Flip akan mula berada di pasaran tempatan pada pertengahan bulan Ogos 2022 nanti dengan harga jualan bermula dari RM4499.00.

ASUS ExpertBook B3 Detachable
ExpertBook B3 Detachable

Sebuah lagi komputer riba baharu yang diprkenalkan ASUS hari ini adalah ExpertBook B3 Detachable yang dikuasakan oleh cip pemprosesan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 7c Gen 2Compute Platform.

Komputer riba yang boleh ditukar kepada mod tablet ini turut disertakan dengan ciri lapisan perlindungan ASUS Antibacterial Guard sepertimana yang ada pada ExpertBook B3 Flip.

ASUS ExpertBook B3 Detachable akan berada di pasaran tempatan pada lewat Julai 2022 dan harga jualan akan bermula dari RM2099.00.

Sumber: Media ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY