Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-04T141545.062

Intel Perkenal Siri Intel Xeon 6, Binaan ‘Lunar Lake’ Dan Pemecut Intel Gaudi 3

Diterbitkan Jun 4, 2024 oleh Muhd Idham

Berikutan dengan acara COMPUTEX Taipei 2024 yang sedang berlangsung sekarang, Intel telah memperkenalkan beberapa inovasi dalaman yang akan menyokong teknologi kecerdasan buatan pada masa akan datang.

Antaranya adalah siri cip pemprosesan Intel Xeon 6 yang terdiri daripada siri Intel Xeon 6700 dan Intel Xeon 6900.

Intel Perkenal Siri Intel Xeon 6, Binaan ‘Lunar Lake’ Dan Pemecut Intel Gaudi 3

Sebagai ringakasannya, siri Xeon 6700 menawarkan memori lebar jalur (bandwidth) yang 1.4 kali lebih tinggi daripada pemproses Intel Xeon 5 yang terdahulu dengan gandingan memori DIMM dan MCR di dalam teras-P.

Manakala, siri Xeon 6900 pula mampu memberikan kelajuan lebar jalur pada 1.8 kali lebih tinggi daripada Intel Xeon 5.

Kedua-dua siri cip ini juga menyokong antara sambung (interconnect) CXL 2.0 (Type 1, 2 dan 3) bagi memudahkan akses sambungan antara komponen-komponen lain seperti pemecut, pengembang memori (memory expander) dan lain-lain.

Pemproses Intel Xeon 6 teras-E pula dibina dengan 3.2 kali peningkatan dalam pengurangan kadar penggunaan kuasa semasa menjalankan tugasan dalaman.

Tambahan lagi, Intel juga telah memperkenalkan kaedah binaan Lunar Lake yang akan diterapkan dalam penghasilan cip pemprosesan peranti mudah alih serta mampu menyokong kecekapan kuasa x86 untuk AI PC.

Ia juga mampu menyokong penggunaan memori sehingga 32GB, GPU Xe2 dan NPU 4.0.

Intel Perkenal Siri Intel Xeon 6, Binaan ‘Lunar Lake’ Dan Pemecut Intel Gaudi 3

Selain Lunar Lake, pemecut Intel Gaudi 3 pula hadir sebagai penambahbaikan prestasi untuk latihan dan tugasan inferens yang lebih fleksibel terhadap model GenAI.

Pemecut ini juga akan menyokong kapasiti HBM2e sehingga 128GB dan 3.7TB per saat untuk memori lebar jalur.

Intel Perkenal Siri Intel Xeon 6, Binaan ‘Lunar Lake’ Dan Pemecut Intel Gaudi 3

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Dua Siri 'Laptop' Acer TravelMate Dilancar, Skrin OLED Dan Boleh Lipat
  • Acer Swift 14 AI Kini Ditawar Dengan Cip AMD Ryzen AI 300
  • ASUS ROG Zephyrus G16 (2024) Kini Dikuasakan Cip AMD Ryzen AI

Sumber: Siaran Media Intel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY