Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LIQUID METAL

Asus Akan Menggunakan ‘Thermal Paste’ Jenis ‘Liquid Metal’ Dalam Semua Barisan Model Komputer Riba Mereka

Diterbitkan April 10, 2020 oleh ariff bukhari

Asus bekerjasama dengan Thermal-Grizzly.

Asus telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan menggunakan ‘thermal paste’ jenis biasa. Sebaliknya mereka akan menggunakan ‘thermal paste’ jenis ‘liquid metal’ bagi menyejukkan cip pemprosesan yang digunakan dalam kesemua barisan model komputer riba mereka.

Untuk itu, Asus telah bekerjasama dengan pengeluar bahan konduktor itu iaitu Thermal-Grizzly. Firma tersebut menghasilkan ‘thermal paste’ yang dikenali sebagai Conductonaut.

Conductonaut adalah bahan campuran daripada tin, indium dan gallium.

Asus mengharapkan dengan menggunakan ‘thermal paste’ jenis ‘liquid metal’ dalam komputer riba mereka, ia akan dapat menyejukkan suhu komputer riba sehingga 10 ke 20 darjah celsius.

Untuk proses meletakkan ‘thermal paste’ itu pula, Asus telah membangunkan mesin khas yang dipatenkan khusus bagi melaksanakan proses tersebut dengan sempurna.

Buat masa ini, hanya barisan model komputer riba Asus ROG yang menggunakan cip pemprosesan Intel Generasi ke-10 sahaja yang akan menggunakan ‘thermal paste’ jenis ‘liquid metal’ dari Thermal-Grizzly.

Sumber: ExtremeTech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY