Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-01-09 at 12.26.09 AM

Astro Tawar Pakej Internet Dan Saluran TV Pada Harga RM99 Untuk Penduduk Di Jasin

Diterbitkan Januari 9, 2019 · Dikemas kini Januari 9, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bagi merealisasikan visi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam menghubungkan rakyat diseluruh negara, Astro buat julung kalinya memperkenalkan Astro Broadband Bundle bagi penduduk di daerah Jasin.

Astro Broadband Bundle merupakan satu pakej internet yang disekalikan bersama saluran TV dari Astro. Ia merupakan salah satu penawaran dalam projek rintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Astro Tawar Pakej Internet Dan Saluran TV Pada Harga RM99 Untuk Penduduk Di Jasin
Kredit foto: KLGadgetGuy

Menyasarkan kepada 1,100 kediaman di beberapa kawasan dalam daerah Jasin, pakej ini membolehkan pengguna menikmati internet pada kelajuan 50Mbps dan 100Mbps pada harga serendah RM99 dan RM 129.

Pakej ini akan dimulakan pada 1 Februari 2019 dimana selain mendapat akses internet, saluran TV yang disediakan adalah dari Family Pack yang mempunyai lebih 40 saluran.

Difahamkan, pelanggan sedia ada yang sudah mendaftar salah satu pakej (RM99 atau RM129), bermula 8 Januari sehingga 31 Januari 2019, akan diberikan akses saluran terpilih secara percuma.

Bagi pelanggan Astro NJOI, ia akan dinaik taraf kepada kandungan Family Pack dan bagi sambungan internet pula, tiada kos akan dikenakan selama tempoh bulan Januari berlangsung.

Kos langganan akan dibilkan bermula 1 Februari dan pihak Astro akan menghubungi pelanggan dikawasan Jasin yang layak bagi penerangan informasi yang selanjutnya.

Sumber: KLGadgetGuy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY