Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Sedang Ada Masalah Teknikal, Beberapa Pengguna Tak Dapat Akses Saluran

Astro Sedang Ada Masalah Teknikal, Beberapa Pengguna Tak Dapat Akses Saluran

Diterbitkan Jun 21, 2021 · Dikemas kini Jun 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Astro menerusi Facebook rasminya menyatakan mereka kini sedang menghadapi masalah teknikal dimana beberapa pengguna tidak dapat mengakses saluran televisyen. Ini termasuk juga dengan pelanggan njoi.

Dalam kenyataan itu juga, Astro menasihatkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Astro Go buat masa sekarang sekiranya saluran tersebut ditawarkan dalam aplikasi itu.

Astro Sedang Ada Masalah Teknikal, Beberapa Pengguna Tak Dapat Akses Saluran

Kami juga telah menyemak bahawa saluran-saluran utama seperti TV 1, TV3 tidak dapat ditonton. Oleh itu, bagi pengguna Astro diharapkan bersabar kerana pihak mereka sedang dalam proses membaik pulih.

Kemas Kini 21/6/2021 7:13pm – 

Astro mengatakan masalah tersebut berpunca dari gangguan pada satelit dan mereka sedang berusaha membaiki masalah itu. Setakat ini, beberapa saluran sudah pulih kembali. Pun begitu, bagi pengguna yang masih terjejas, disarankan untuk terus strim melalui Astro Go.

Kemas Kini 21/6/2021 8:54pm –

Pelanggan Astro perlu “restart” semula kotak Astro (Astro Box) bagi mendapatkan kembali saluran TV.

Kemas Kini 22/6/2021 12:13pm –

Astro diberitahu oleh penyedia satelit dimana mereka perlukan sedikit masa lagi untuk memperbaiki masalah isyarat signal dan saluran. Buat masa ini, pengguna yang masih menghadapi masalah tersebut untuk strim menggunakan Astro Go.

Sumber: Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY