Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Astro Dan Maxis Tawar Pakej Yang Disekalikan Dengan Jalur Lebar 30Mbps Dan 100Mbps

Posted on Ogos 15, 2019Ogos 15, 2019

Astro dan Maxis hari ini bersama-sama mengumumkan kerjasama antara dua syarikat dalam menawarkan pakej kandungan beserta jalur lebar. Dikenali sebagai Astro & Broadband, penawarannya sudah bermula hari ini dan pelanggan boleh memilih antara pelan 30Mbps atau 100Mbps.

Pelanggan boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM720 denganĀ  rebat tunai bulanan dari RM5 hingga RM25 mengikut pakej Astro yang ditawarkan. Berdasarkan FAQ, pelanggan bagi pakej Super Pack/ Super Pack Plus boleh menambah jalur lebar pada harga bermula dari RM69 (30Mbps) dan RM99 (100Mbps).

Sementara itu, bagi pelanggan Value Pack pula bakal menikmati jalur lebar pada harga RM79 (30Mbps) dan RM109 (100Mbps) dan dinyatakan pelan 100Mbps akan ditawarkan secara berperingkat. Pakej ini didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran ini, boleh layari laman sesawang Astro.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress