Berlangsung dari 2 hingga 4 Disember 2019 di Pusat Inovasi 5G (IC5G) UTM-Ericsson di kampus UTM Kuala Lumpur.
Susulan kejayaan ASEAN Makerthon 2017, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama ARM, Celcom Axiata Berhad, Ericsson Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang menganjurkan ASEAN Makerthon 2019 bermula hari ini sehingga 4 Disember 2019.
Bertempat di Pusat Inovasi 5G (IC5G) UTM-Ericsson di kampus UTM Kuala Lumpur, acara ASEAN Makerthon selama tiga hari itu akan menjadi Makerthon yang pertama dijalankan dengan menggunakan rangkaian 5G tertutup.
Pemilihan IC5G sebagai lokasi acara dibuat memandangkan ia turut menempatkan makmal penyelidikan, ruangan pembelajaran 5G dan juga memaparkan inovasi-inovasi yang berkaitan 5G.
Acara berkenaan bertujuan memberikan platform kepada para peserta di rantau ASEAN untuk mempamerkan kemahiran, idea serta kreativiti mereka dalam menghasilkan prototaip fizikal sejajar dengan temanya ‘Impak Revolusi 5G Ke Arah Revolusi Industri 4.0’.
Selain itu, ia juga satu platform kepada para peserta untuk mendapatkan pengalaman dengan membangunkan penyelesaian inovatif yang menonjolkan manfaatmanfaat rangkaian 5G.
Tema tersebut merangkumi agrikultur, automotif, kesihatan, pembuatan, media dan hiburan, pendidikan, keselamatan awam dan bandar pintar.
ASEAN Makerthon terbuka kepada anggota-anggota negara ASEAN dan Rakan Dialog ASEAN TELSOM [China, Jepun, Republik Korea, India, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat]. Tahun ini, sekatan umur telah ditarik balik dan permohonan adalah terbuka kepada para peserta di luar institusi pengajian tinggi bagi menggalakkan persaingan.
Hasil prototaip para peserta terlibat akan dinilai oleh sekumpulan panel hakim terdiri daripada syarikat atau institusi yang mempunyai kepakaran dalam bidang Revolusi Industri, 5G dan Internet Benda (IoT), berpandukan kepada empat (4) kriteria utama iaitu idea yang diketengahkan, prototaip, model perniagaan dan pembentangan mereka.
Juara acara Makerthon ini akan menerima wang tunai AS$5,000 manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai berjumlah AS$3,000 dan AS$1,000.
Untuk maklumat lanjut berhubung mengenai ASEAN Makerthon 2019, sila layari https://www.eventbrite.com/e/asean-makerthon-2019impact-of-5g-revolution-towards-4ir-tickets-80611987625 atau twitter.com/aseanmakerthon | www.instagram.com/aseanmakerthon.
Berkaitan
- Filipina Bakal Tayang Siri Aksi Sebenar Robot Voltes V Tahun Ini
- Biarkan Kereta Dicas Semalaman Di Rumah Bukanlah Cara Yang Betul - Kajian
- Perisian Hasad StrandHogg Menyerang Pengguna Android
- Asteroid Berdiameter Lebih 2000 Kaki Dikesan Akan Menghampiri Bumi April Ini
- ROG Phone 7 Jadi Peranti Rasmi PUBG MOBILE Super League 2023 Di Malaysia, Thailand Dan Vietnam
- Stesen Pemancar Sementara REDtone Di Kg. Gelong Badak, Bachok Didirikan
- Microsoft Mungkin Tetapkan Spesifikasi Baru Bagi Jalankan Windows 12
- TV Samsung Neo QLED 8K Baharu Kini Dengan Pemproses AI Gen 3
- Harga Bukan Isu Utama Kepada Pengguna Di Malaysia Dalam Memilih Sesebuah Telefon Pintar
- Elon Musk Setuju Dengan Kandungan Anti-Semitic, Apple Hentikan Semua Iklan Di X