AS Setuju Untuk Halang Syarikat Pengeluar Cip TSMC Daripada Berurusan Dengan Huawei

Dilaporkan bulan lepas bahawa Amerika Syarikat bercadang mahu syarikat pengeluar cip seperti TSMC dari berurusan dengan Huawei. Kelihatannya baru-baru ini, negara tersebut sudah bertekad dengan keputusan tersebut dan dalam persiapan untuk menjayakannya.

Mengikuti laporan dari Reuters, pegawai dari pentadbiran Trump telah pun bersetuju untuk melaksanakan undang-undang baru itu untuk menyekat barang dagangan TSMC kepada teknologi Huawei.

Ini adalah lantaran bermula dari Mei 2019 lepas di mana AS menyenarai hitam barangan Huawei atas kerisauan pengintipan syarikat China tersebut. Ini secara tidak langsung mewujudkan peraturan baharu yang memerlukan mana-mana syarikat untuk mempunyai lesen dan pengesahan khas semata-mata untuk berdagang dengan Huawei.

Buat masa ini, AS sedang memperluaskan peraturan baharu ini kepada syarikat-syarikat lain di negara mereka semata-mata untuk berurusan dengan syarikat Huawei.

Sumber: Reuters