Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Arab Saudi Perkenal EXOBOT, EV Futuristik Dengan Kuasa Kuda Sehingga 1,111 Hp

Arab Saudi Perkenal EXOBOT, EV Futuristik Dengan Kuasa Kuda Sehingga 1,111 Hp

Diterbitkan September 22, 2026 · Dikemas kini September 22, 2026 oleh ariff bukhari

Arab Saudi kini melakar sejarah dengan pelancaran jenama kereta nasional pertamanya, Ceer menerusi model kereta elektrik (EV) EXOBOT sedan dan SUV.

Direka bentuk dan dibangunkan oleh negara itu sendiri, EV ini akan dihasilkan  di Kompleks Pembuatan CEER di King Abdullah Economic City, yang merupakan fasiliti EV terbesar dan paling canggih di Timur Tengah.

Arab Saudi Perkenal EXOBOT, EV Futuristik Dengan Kuasa Kuda Sehingga 1,111 Hp
Model sedan EXOBOT berukuran 5.26 meter panjang, 2.1 meter lebar dan 1.43 meter tinggi, manakala model SUV EXOBOT berukuran 5.02 meter panjang, 2.1 meter lebar dan 1.69 meter tinggi, meletakkan kedua-duanya dalam segmen kenderaan penumpang bersaiz besar.
CEER Wall Charger With Signature Pedestal
EXOBOT menampilkan cermin depan terbesar yang pernah dihasilkan dengan panjang 2.4 meter, serta dipasang pada sudut condong 15° yang radikal, paling condong dalam kelasnya.

Reka bentuk EXOBOT diinspirasikan budaya dan landskap Saudi, menampilkan cermin depan 2.4 meter yang memecah rekod, lampu tanda 1932, serta pintu Shahin Wing yang menyerupai kepak helang.

Bahagian dalaman pula menawarkan kokpit futuristik dengan paparan 48 inci 8K, sistem suara imersif, dan pembantu suara AI dwibahasa.

EXOBOT SUV Doors Open

Dari aspek prestasi, Ceer mendakwa, model dengan spesifikasi tertingginya, EXOBOT menghasilkan kuasa kuda sebanyak 1,111 hp dan tork 1,500 Nm.

Dakwa Ceer lagi,  model Sedan EXOBOT yang lebih rendah mampu memecut dari 0 km/j ke 100 km/j hanya dalam masa hanya 2.1 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

Model SUV pula mampu memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa 2.4 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 210 km/j.

EXOBOT Sedan Exterior Side View
EXOBOT Sedan.

Selain itu, dengan bateri 112 kWh, pemilik tidak perlu risau tentang jarak pemanduan kerana ia menawarkan julat sehingga 560 km untuk SUV dan 670 km untuk sedan.

Malah dengan seni bina 800V yang canggih, bateri EV ini menyokong pengecasan ultra-pantas daripada 10% hingga 80% dalam masa kurang daripada 30 minit.

EXOBOT Intelligent Cockpit
Ruang kokpit EXOBOT dilengkapi paparan Digital Horizon melengkung bersaiz 48 inci, merentasi papan pemuka dengan resolusi 8K.

Dalam tempoh lima tahun, Ceer merancang melancarkan tujuh model baharu, termasuk kenderaan bersaiz sederhana dan kompak dengan pelbagai pilihan enjin.

Pelancaran ini selaras dengan Visi 2030 Arab Saudi, yang menekankan kepelbagaian ekonomi, pengurangan kebergantungan import, serta penciptaan peluang pekerjaan untuk bakat tempatan.

Arab Saudi Perkenal EXOBOT, EV Futuristik Dengan Kuasa Kuda Sehingga 1,111 Hp
Buat masa ini, laman web CEER hanya menunjukkan konfigurasi PLUS dan First Edition yang akan tersedia tidak lama lagi. CEER belum lagi mengumumkan harga runcit muktamad pada halaman model yang dirujuk di sini.

 

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Dron Buatan Malaysia Berjaya Hantar Darah Sejauh 20 KM Di Pahang
  • Pelajar UNIMAS Berjaya Hasilkan Reka Bentuk Cip Pertama Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Music Tambah Label Baharu Untuk Lagu Dijana AI
  • IBM Beri Amaran Bahaya Pengkomputeran Kuantum Pada Keselamatan Siber
  • Saham Merosot, Netflix Bakal Membuang Seribu Pekerja
  • WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa
  • Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 
  • Indonesia Cadang Beri Telefon Percuma - Setiap Peranti Dilengkapi Akaun Digital
  • UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
  • 3 Headphone Jenis Retro Terbaik
©2026 WISER.MY