
Umum mengetahui pada September dan Oktober lalu, Apple telah memperkenalkan Apple Watch, iPhone dan pelbagai produk lain. Apple juga telah pun mengumumkan iPad Air generasi keempat, iPad generasi kelapan dan sebagainya.
Pada acara November ini, Apple dijangka bakal memperkenalkan MacBook dengan Apple Silicon.
Bagi anda yang belum tahu, Apple Silicon merupakan cip pemprosesan buatan Apple yang berasaskan ARM. Apple pertama kali mengumumkan mengenai cip tersebut adalah pada Jun lalu.
Melalui penggunaan cip berasaskan ARM pada komputer Mac, ia dikatakan dapat meningkatkan lagi prestasi komputer Mac serta memberikan ketahanan bateri yang lebih baik.
Dalam pada itu, Apple turut dijangka akan memperkenalkan beberapa produk lain pada acara khas ini.
Jika anda yang ingin menonton acara khas Apple, penstriman boleh dilakukan melalui laman web Apple pada 11 November 2020, 2 pagi (waktu Malaysia).
Berkaitan
- MCMC: Hati-Hati Ketika Melayari Laman Cari Teman, Berdepan Risiko Scam Percintaan
- DJI Osmo Mobile 4 Dijangka Hadir Dengan Sistem Pemasangan Magnet
- Quibi, Platform Penstriman Baru Dengan Durasi Video Maksimum 10 Minit
- Teslasuit Glove Bakal Diperkenalkan di CES2020
- Cip Snapdragon 875 Dilapor Akan Menyokong Pengecasan Pantas 100W
- Kerajaan Umum MyBAIKHATI, Inisiatif Kumpul Dan Baik Pulih Peranti Untuk Disalurkan Kepada Keluarga B40
- EndeavorRX Merupakan Permainan Video Yang Digunakan Sebagai Rawatan Perubatan Di Amerika Syarikat
- Orang Awam Boleh Mohon Perjalanan Antara Negeri Melalui Aplikasi GERAK Malaysia Mulai 25 April
- Inisiatif RM30 e-Tunai Rakyat - eWallet Mana Lebih Berbaloi?
- realme 7 Dan 7 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia 24 September Ini