Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Tidak Membenarkan Watak Penjahat Dalam Filem Menggunakan iPhone

Apple Tidak Membenarkan Watak Penjahat Dalam Filem Menggunakan iPhone

Diterbitkan Februari 27, 2020 oleh ariff bukhari

Hanya watak protagonis sahaja boleh menggunakan iPhone.

Dalam temu bual Vanity Fair bersama pengarah filem Rian Johnson beliau mendedahkan, Apple tidak membenarkan watak-watak penjahat dalam filem atau drama yang diterbitkan sesebuah produksi menggunakan iPhone.

“I don’t know if I should say this or not… Apple… they let you use iPhones in movies but — and this is very pivotal if you’re ever watching a mystery movie — bad guys cannot have iPhones on camera.” Rian Johnson.

Jadi, hanya watak-watak hero atau heroin sahaja yang dibenarkan menggunakan iPhone sebagai prop di dalam sesebuah produksi filem.

Rian Johnson merupakan seorang pengarah filem terkemuka yang telah mengarah filem seperti Knives Out dan Star Wars: The Last Jedi.

Walaupun beliau kelihatan berjenaka ketika mendedahkan info tersebut, tetapi Apple memang pernah melakukan perkara yang sama dalam siri drama popular pada tahun 2002 dahulu iaitu 24.

Dalam siri drama aksi thriller itu, Wired melaporkan kesemua watak hero dalam siri tersebut menggunakan komputer Apple Macintosh. Manakala watak penjahat pula menggunakan komputer Microsoft Windows.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY