Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foxconn Nyatakan Koronavirus Tidak Jejaskan Pengeluaran iPhone Di China

Apple Gantung Operasi Kilang Foxconn, 250 Pekerja Keracunan Makanan

Diterbitkan Disember 31, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sebuah kilang Foxconn di Sriperumbudur, di India telah ditutup operasinya buat sementara waktu. Apple mengambil keputusan tersebut selepas mendapati penginapan yang disediakan tidak mencapai piawaian ditetapkan Apple.

Sebelumnya, beberapa siri protes oleh pekerja telah berlaku berikutan masalah tempat tinggal disediakan dan kes keracunan makanan yang tinggi dalam kalangan pekerja.

Menurut Reuters, asrama pekerja wanita di sana menempatkan sehingga 30 orang dalam satu rumah sehingga ada yang tidur di lantai. Terdapat juga pekerja yang meminta nama identiti dirahsiakan mengadu asrama mereka tidak mempunyai bekalan air dan berhenti kerja selepas protes.

Mereka yang tinggal di sana pula sentiasa sakit seperti mempunyai alahan kulit, sakit dada dan keracunan makanan, tambah pekerja lain.

Kilang Foxconn tersebut menempatkan lebih kurang 17,000 pekerja dan telah ditutup sejak 18 Disember lepas. Menurut media tempatan, sekitar 250 pekerja wanita telah mengalami keracunan makanan dan lebih 150 daripada mereka dikejarkan ke hospital.

Penganalisis berkata penutupan sementara ini hanya akan memberi kesan kecil terhadap pengeluaran iPhone 12 dan 13. Kilang yang 40km dari Chennai ini agak penting pada Apple kerana mereka merancang untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pembekal China disebabkan hubungan tegang antara Washington and Beijing.

Buat masa ini Apple dan Foxc0nn masih belum mengeluarkan kenyataan bilakah ia akan beroperasi semula.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • Cara Daftar Dan Semak PPV Terdekat Untuk Dapat Dos Penggalak Lebih Cepat
  • Beli Laptop Percuma Printer
  • Jangan Beli Laptop Selagi Anda Tak Baca 11 Perkara Penting Ini
  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY