Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Store_

Apple Store Ditutup Sementara, Beri Bayangan Pengumuman iPad Pro Baharu

Diterbitkan Oktober 18, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 18, 2022 oleh Amalina Athman

Laman jualan Apple Store kini ditutup buat sementara waktu, yang bermakna satu pengumuman produk baharu akan dibuat pada awal pagi nanti.

Seperti kebiasaan, kedua-dua platform Apple Store sama ada melalui aplikasi atau laman web akan ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kemas kini produk baharu yang bakal tersedia.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Tangguh Rancangan Beli Cip Memori Daripada YMTC
  • Apple Dijangka Akan Perkenal iPad Dengan Skrin Boleh Lipat Pada 2024

Selain laman jualan Apple Store yang kini ditutup sementara, CEO Apple Tim Cook turut mengacah pengumuman baharu itu di Twitter. Melaluinya, Cook memuat naik video berdurasi 20 saat berserta tanda pagar #TakeNote, yang mungkin merujuk kepada Apple Pencil dan keupayaan mencatat nota pada iPad.

The possibilities are endless. #TakeNote pic.twitter.com/msmJg865tr

— Tim Cook (@tim_cook) October 18, 2022

Terdahulu, Mark Gurman menyatakan Apple merancang untuk mengumumkan model iPad Pro baharu pada awal pagi nanti, melalui siaran akhbar di laman Apple Newsroom.

Bagi iPad Pro generasi baharu, peranti itu dijangka hadir dengan cip M2, sokongan pengecasan tanpa wayar MagSafe, naik taraf kamera dan sebagainya.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah Apple juga dikhabarkan akan melancarkan iPad Gen 10 dengan port pengecasan USB-C, cip A14 Bionic, sokongan 5G serta berpotensi hadir dengan butang kuasa Touch ID dan kamera FaceTime secara landskap.

Sehingga itu, nantikan pengumuman Apple yang dijangka akan disiarkan melalui siaran akhbar, selepas tengah malam ini.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY