Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Setuju Bayar Pemenang “Shot on iPhone” Selepas Terima Kritikan

Apple Setuju Bayar Pemenang “Shot on iPhone” Selepas Terima Kritikan

Diterbitkan Januari 27, 2019 oleh Haikel Areff

Pertandingan “Shot on iPhone” telah diumumkan oleh Apple bagi mencari gambar terbaik yang diambil menggunakan peranti iPhone di seluruh dunia.

Sebelum ini, Apple hanya mengatakan bahawa 10 gambar terbaik akan dipaparkan di Apple Newsroom, laman rasmi Apple, kedai jualan Apple, akaun Instagram rasmi dan papan iklan mereka di seluruh dunia sahaja.

Keputusan itu telah dikritik hebat kerana ramai berpendapat pemenang perlu dibayar dengan wang memandangkan gambar-gambar mereka akan digunakan untuk tujuan pemasaran.

Apple Setuju Bayar Pemenang “Shot on iPhone” Selepas Terima Kritikan
The Verge

Sehubungan dengan itu, Apple telah bersetuju untuk membayar pemenang melalui kaedah perlesenan imej.

Ia telah diumumkan melalui kemaskini terbaru pada klausa dan syarat rasmi pertandingan tersebut.

Keputusan ini lebih diterima ramai kerana ia sekurang-kurangnya memberi ganjaran kepada jurugambar atas hasil daripada usaha keras mereka.

 

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY