Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
thunderbolt iphone 15 pro

Kabel Thunderbolt Untuk iPhone 15 Pro Mungkin Dijual Berasingan

Diterbitkan Ogos 25, 2023 · Dikemas kini Ogos 25, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Laporan terbaru mendedahkan rupa dan spesifikasi ringkas tentang kabel Thunderbolt yang dipercayai akan dibekalkan untuk iPhone 15 Pro.

thunderbolt iphone 15 -4

Menurut Majin Bu, ia menggunakan protokol USB 4 generasi ke-2, mempunyai panjang sehingga 70cm, menyokong paparan 4K 60Hz dan kuasa sehingga 150W.

Namun, menurut Kosutami yang juga seorang peniris maklumat, kabel ini adalah sepanjang 80cm dan akan dijual berasingan.

thunderbolt iphone 15 -3
thunderbolt iphone 15 -2

 

Jika anda tidak maklum, kabel Thunderbolt sememangnya jauh lebih tebal daripada kabel biasa. Ia sesuai digunakan komputer kerana menumpukan terhadap pemindahan data berkelajuan tinggi.

thunderbolt iphone 15 -1

Untuk penggunaan pengecasan biasa seperti yang melibatkan telefon, kabel biasa sudah mencukupi.

Semalam, kami sudah kongsikan imej dan spesifikasi yang dipercayai kabel USB-C yang dibekalkan untuk iPhone 15 kelak. Anda boleh bacanya di SINI.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Dikatakan Lebih Senang Dibaiki, Kos 'Repair' Juga Mungkin Menurun
  • iPhone 15 Dilapor Akan Menyokong Pengecasan Lebih Pantas
  • iPhone 15 Dijangka Hadir Dengan Kabel USB-C 'Braided' Pelbagai Warna
  • iPhone 15: Mungkin Ini Rupa Dan Spesifikasi Kabel USB-C Yang Akan Diperkenal Apple

Namun, ada kemungkinan bahawa kabel yang tertiris dan hebat diperkatakan ini sebenarnya bukanlah untuk mana-mana model iPhone 15 tetapi untuk produk Apple yang lain.

Jika anda mahu beli kabel Lightning dengan pengesahan MFi, boleh ke pautan INI.

Sumber: Mujin Bu, Kosutami

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY