Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DigitalTrends

Apple Pula Tertangkap Promosi Produk Mereka Menggunakan Peranti Android

Diterbitkan Disember 19, 2018 oleh Haikel Areff

Selepas Samsung tertangkap sebanyak dua kali membuat kicauan Twitter menggunakan peranti iPhone dalam masa beberapa hari, kini tiba giliran Apple pula “terkantoi” membuat kesilapan yang sama.

Siapa lagi yang membongkar perkara ini selain daripada Youtuber terkenal, Marques Brownlee. Beliau jugalah yang berjaya mengesan kesilapan Samsung sebelum ini.

Never thought I'd see the day 🧐 pic.twitter.com/hpubXoIFCX

— Marques Brownlee (@MKBHD) December 18, 2018

Akaun rasmi Apple Music dilihat telah membuat kicauan balas untuk kiriman yang dibuat oleh penyanyi terkemuka, Ariana Grande. Kicauan itu dibuat pada awal November, namun hanya dikesan baru-baru ini.

Perkara ini mungkin dianggap mudah oleh sebahagian daripada kita kerana Apple Music turut ditawarkan untuk peranti Android.

Akan tetapi, ia dilihat kurang profesional bagi akaun rasmi membuat kiriman dengan menggunakan produk keluaran pesaing mereka sendiri.

 

Sumber: MKBHD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY