Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Patenkan Rekaan Pad Sesentuh Lebih Besar Daripada Biasa

Apple Patenkan Rekaan Pad Sesentuh Lebih Besar Daripada Biasa

Diterbitkan Mei 19, 2020 · Dikemas kini Mei 19, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sekiranya anda rasakan pad sesentuh pada MacBook sedia ada terlalu kecil, anda mungkin berfikiran sama seperti Apple. Melalui penyenaraian terbaru Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USTPO) hari ini, sebuah paten mengenai rekaan pad sesentuh yang lebih besar daripada biasa.

Imej memperlihatkan bahagian yang biasanya diletakkan pergelangan tangan pengguna akan akan ditukar menjadi pad sesentuh. Ini bermakna pengguna boleh membuat ciri sentuhan, sapuan dan tekan pada mana-mana bahagian yang tersebut.

Difahamkan lagi, pad sesentuh itu boleh diubah kedudukannya sama ada berfungsi pada bahagian tengah, kiri atau kanan sahaja. Paten ini telah dibuat sejak 2016 lagi dan ia baru sahaja diterbitkan oleh USTPO hari ini.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah idea yang dipatenkan oleh Apple sahaja dan tidak bermakna ia akan ditawarkan kepada umum.

Sumber: Patently Apple

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY