Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mungkin Hasilkan Lebih Sedikit iPhone Pada Tahun Hadapan

Apple Patenkan Rekaan Lipat Bagi Peranti iPhone

Diterbitkan Disember 28, 2018 oleh Haikel Areff

Rekaan peranti boleh lipat dijangka bakal membuat kemunculan semula pada tahun depan apabila beberapa pengeluar telah mengesahkan bakal melancarkan peranti dengan ciri tersebut pada 2019.

Antara pengeluar yang sudah menyatakan secara rasmi mengenai perkara tersebut ialah syarikat dari Korea Selatan, Samsung. Tidak mahu ketinggalan dengan “musuh tradisi” itu, Apple pula didakwa bersedia untuk memperkenalkan peranti boleh lipat mereka sendiri.

Ia berdasarkan satu rekaan paten peranti boleh lipat Apple yang didedahkan oleh pihak Patently Apple baru-baru ini. Rekaan itu dikatakan sudah difailkan sejak Mac 2018, namun hanya diterbitkan secara siaran awam oleh USPTO semalam.

Apple Patenkan Rekaan Lipat Bagi Peranti iPhone
Patently Apple

Peranti itu juga didakwa akan menggunakan panel skrin jenis OLED selepas mula beralih kepada panel berkenaan daripada LCD sejak beberapa keluaran yang lalu.

Mungkinkah kita akan melihat iPhone dengan skrin boleh lipat seawal tahun hadapan? Ia amat menarik untuk dinantikan.

 

Sumber: Patently Apple    Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY