Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mungkin Perkenal iPhone SE 2 Pada Suku Pertama 2020

Apple Mungkin Perkenal iPhone SE 2 Pada Suku Pertama 2020

Diterbitkan Oktober 4, 2019 ยท Dikemas kini Oktober 4, 2019 oleh Helmi Samsuri

Salah satu keluaran Apple yang mendapat sambutan baik daripada pembeli adalah iPhone SE, dilancarkan sekitar 2016. Namun, pada September tahun lalu, penjualan iPhone SE dan beberapa model lain seperti iPhone 6s dan iPhone X dihentikan.

Dari tahun ke tahun, ada saja khabar angin yang meramalkan kedatangan versi kedua iPhone bersaiz kecil ini, tetapi sehingga sekarang ia masih tidak muncul tiba.

Kini menambah satu lagi kepada ura-ura tersebut, pengalisis Ming-Chi Kuo mendakwa iPhone SE 2 akan diperkenalkan pada suku pertama tahun 2020 bersama-sama AirPods versi baru.

Dinyatakan juga, fizikal model itu akan menyerupai iPhone 8 tetapi dengan komponen dalaman yang lebih baru seperti cip A13 Bionic serta RAM 3GB. Selain itu, berkemungkinan juga iPhone SE 2 akan dilengkapkan dengan ciri Touch ID serta satu kamera belakang.

Kuo menjangkakan melalui iPhone SE 2 ini, ia dilihat sebagai pilihan naik taraf terbaik bagi pemilik iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Sumber: MacRumours

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY