Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mac Pro Dan Apple Pro Display XDR Telah Mula Dijual Di Malaysia

Apple Mungkin Akan Terjun Sama Dalam Industri E-Sukan Tahun Hadapan

Diterbitkan Disember 29, 2019 · Dikemas kini Disember 30, 2019 oleh ariff bukhari

Apple dikatakan akan menawarkan barisan produk terbaru khusus untuk e-sukan.

Pasaran e-sukan yang sedang melonjak naik mungkin menyebabkan Apple juga mahu turut sama terjun ke dalam pasaran tersebut.

Berdasarkan kepada khabar angin dari Taiwan, Apple didakwa sedang merancang untuk menghasilkan Mac berprestasi tinggi yang khusus untuk permainan video komputer.

Malah harga Mac itu juga didedahkan yang didakwa  akan dijual pada harga dari USD5,000.00.

Jika benar khabar angin ini, ia sekaligus menjadikan Apple buat pertama kalinya akan turut sama menyertai persaingan dalam pembangunan perkakasan e-sukan.

Pembekal-pembekal utama perkakasan Mac seperti pengeluar cip pemprosesan, TSMC, pembekal kuasa Delta dan Lite-On serta firma-firma pembekal Apple yang lain dijangkakan akan menerima manfaat besar dari penglibatan Apple dalam e-sukan.

Cuma buat masa ini, masih terlalu awal dan belum jelas apakah perancangan Apple untuk pasaran e-sukan.

Tetapi Apple mungkin akan menghasilkan binaan komputer semua dalam satu (AIO) sepertimana iMac atau model produk yang baru seperti paparan skrin yang khusus untuk permainan.

Pengenalan barisan produk terbaru itu pula dijangka akan diperkenalkan dalam persidangan WWDC yang akan berlangsung pada bulan Jun 2020 nanti.

Sukan Permainan Elektronik (e-sukan) semakin mendapat tempat dalam kejohanan peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

Perkembangan pesat sukan ini telah menyebabkan nilai sukan ini meningkat mendadak di mana dijangkakan pada tahun 2020 nanti, nilai e-sukan akan melepasi angka USD1 bilion.

Sumber: Patently Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY