Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Series 4 Dinobatkan Sebagai Peranti “Display Of The Year”

Apple Mungkin Akan Perkenalkan Model Apple Watch Seramik Dan Titanium

Diterbitkan Ogos 19, 2019 · Dikemas kini Ogos 19, 2019 oleh ariff bukhari

Seramik pernah digunakan pada model Apple Watch terdahulu.

Daripada aset kemas kini yang terdapat di dalam watchOS 6 versi beta yang dilepaskan baru-baru ini, Apple turut memuatkan imej dan video pendek yang memberi gambaran mereka akan perkenalkan model jam pintar premium Apple Watch yang diperbuat daripada seramik dan titanium.

Apple Mungkin Akan Perkenalkan Model Apple Watch Seramik Dan Titanium

Sebelum ini Apple memang pernah menggunakan seramik pada model Apple Watch Sport 2 dan Apple Watch 3 (selular). Tetapi kedua-dua model ini hanya menggunakan seramik pada bahagian belakangnya sahaja.

Manakala titanium sudah digunakan pada Apple Card. Apple kini dilihat cuba meluaskan penggunaan 2 bahan premium ini pada salah satu produk paling laris mereka bagi ditawarkan kepada pengguna.

Cuma buat masa ini masih belum jelas pada model Apple Watch manakah yang akan menggunakan seramik dan titanium ini iaitu sama ada pada model Apple Watch 4 yang sedia ada atau untuk model terbaru Apple Watch 5 yang dijangka akan diperkenalkan  pada tahun ini.

Sumber: iLounge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY