Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 11 pro

Apple Mungkin Akan Perkenalkan Apple Pencil mini Untuk iPhone 11 Pro

Diterbitkan Ogos 24, 2019 oleh ariff bukhari

Didedahkan awal oleh laman aksesori Olixar.

Sempena acara Apple iPhone 11 yang hampir tiba yang dijangka akan diadakan dalam September ini, pelbagai khabar angin tentang iPhone tersebut diuar-uarkan.

Walaubagaimanapun, salah satu khabar angin ini mungkin antara yang terawal boleh disahkan. Berdasarkan dari apa yang didedahkan oleh laman aksesori Olixar, Apple mungkin akan perkenalkan produk terbaru Apple Pencil mini khusus untuk iPhone.

Apple Mungkin Akan Perkenalkan Apple Pencil mini Untuk iPhone 11  Pro
Kredit: Olixar

Aksesori Genuine Leather iPhone 11 Pro Case & Apple Pencil Holder dari Olixar ini mencadangkan bahawa aksesori terbaru mereka ini dilengkapi dengan tempat simpanan Apple Pencil bagi iPhone.

Buat masa ini, Apple memang ada menawarkan 2 model Apple Pencil iaitu Apple pencil Gen 1dan Gen 2 yang boleh digunakan bersama iPad, iPad Air, iPad mini dan iPad Pro digunakan.

Tapi ia bersaiz besar dan tidak muat untuk dimuatkan pada ruang sepertimana yang ada pada aksesori oleh Olixar tersebut.

Oleh sebab itulah, Apple mungkin akan perkenalkan Apple Pencil khusus untuk digunakan bersama iPhone pula nanti.

Buat masa ini, aksesori iPhone 11 dari Olixar ini sudah boleh ditempah dari laman sesawang rasminya yang berharga USD24.99. Terdapat 3 warna ditawarkan iaitu kelabu, coklat dan hitam.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY