Apple perkenalkan ciri terbaru khusus untuk pengguna MacBook Pro 16 inci dan Pro Display XDR.
Selain kemas kini untuk pengguna iPhone dan iPad, Apple juga turut melepaskan kemas kini terhadap 3 versi macOS kepada pengguna komputer Apple Macintosh.
Kemas kini macOS itu adalah untuk pengguna versi macOS terdahulu iaitu macOS High Sierra (10.13), macOS Mojave (10.14) dan versi yang terkini iaitu macOS Catalina (10.15.3).
Antara kandungan penting dalam kemas kini terbaru bagi ketiga-tiga versi macOS ini termasuklah penambahbaikan terhadap ciri keselamatan sambungan tanpa wayar Wi-Fi, Bluetooth dan sistem utama operasi macOS.
Senarai penuh kandungan kemas kini bagi ketiga-tiga macOS tersebut boleh didapati di laman muka Apple Support.
Selain menambah baik ciri keselamatan macOS, Apple juga menawarkan ciri terbaru khusus kepada pengguna model terbaru komputer riba Apple MacBook Pro 16 inci 2019 serta paparan Pro Display XDR.

Berikut adalah kandungan kemas kini macOS Catalina (10.15.3):-
- Optimizes gamma handling of low gray levels on Pro Display XDR for SDR workflows when using macOS
- Improves multi-stream video editing performance for HEVC and H.264-encoded 4K video on the MacBook Pro (16-inch, 2019)
Bagi pengguna macOS High Sierra 10.13, anda boleh memuat turun kemaskini tersebut secara terus dari Mac anda menerusi Mac App Store di bahagian Update.
Bagi pengguna macOS Mojave 10.14 dan macOS Catalina 10.15 pula, anda boleh memuat turun kemas kini terbaru ini menerusi System Preferences > Software Update.
Atau anda boleh memuat turun fail kemas kini tersebut secara berasingan dari laman Apple Support Downloads.
Berkaitan
- One VPN Kini Ditawarkan Untuk Sistem Windows dan macOS
- macOS Sonoma Hanya Menyokong Model Komputer Macintosh Tertentu
- Apple Umum macOS Terbaru, Sonoma
- Aplikasi Rasmi Twitter Kini Ditawarkan Semula Kepada Pengguna macOS
- Windows 10 Bakal Dilengkapi Ciri Yang Sudah Pun Digunakan macOS Sejak Lapan Tahun Lalu
- Apple Perkenalkan macOS 10.15 Catalina
- macOS Catalina Hanya Akan Tiba Dalam Bulan Oktober Nanti
- Apple Melepaskan Kemas Kini macOS Catalina 10.15.1
- macOS Terbaru Kini Dikenali Sebagai macOS Big Sur
- Aplikasi Opera GX Kini Ditawarkan Untuk Pengguna macOS