Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 2018 Mungkin Perlahan Berbanding Telefon Pintar Android

Apple Memfailkan Saman Terhadap Corellium Kerana Mereplika Sistem Operasi iOS

Diterbitkan Ogos 17, 2019 · Dikemas kini Ogos 17, 2019 oleh ariff bukhari

“Enough is enough” Apple.

Apple Inc. telah memfailkan saman terhadap syarikat pemula Corellium LLC selepas syarikat tersebut didapati mereplika dan menjual salinan sistem operasi bagi peranti iPhone dan iPad.

Corellium dituduh berselindung disebalik replika sistem operasi iOS kononnya adalah bagi tujuan mencari kecacatan ciri keselamatan pada sistem operasi tersebut. Tetapi Apple menuduh Corellium akan menjual malah akan turut bantu memasang sistem yang direplika itu kepada peranti pembeli mereka.

“Although Corellium paints itself as providing a research tool for those trying to discover security vulnerabilities and other flaws in Apple’s software, Corellium’s true goal is profiting off its blatant infringement. Far from assisting in fixing vulnerabilities, Corellium encourages its users to sell any discovered information on the open market to the highest bidder.”

“For a million dollars a year, Corellium will even deliver a ‘private’ installation of its product to any buyer,” Apple.

Apple sebelum ini telah melancarkan program bug bounty kepada umum dengan menawarkan ganjaran sehingga satu juta jika mereka menemui kecacatan kritikal pada sistem operasi yang dibangunkan mereka termasuklah iOS, macOS, watchOS, iPadOS dan tvOS. Malah mereka turut memberikan iPhone khas kepada penyelidik bagi membolehkan mereka mencari kecacatan pada sistem iOS.

Walaubagaimanapun, apa yang dilakukan oleh Corellium sudah melampaui batas dari apa yang Apple benarkan.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY