Apple meminta maaf kepada pengguna kerana ciri tersebut tidak dapat digunakan buat masa ini.
Apple telah mengeluarkan kenyataan rasmi di atas tindakan mereka mematikan ciri 'Walkie Talkie' pada peranti jam pintar mereka, Apple Watch.
Ia berikutan laporan yang diterima mereka menerusi laman sokongan Apple yang mendakwa individu lain boleh mendengar perbualan yang sedang berlaku menerusi iPhone antara 2 orang yang sedang menggunakan ciri 'Walkie Talkie' pada Apple Watch.
'Walkie Talkie' pertama kali diperkenalkan pada watchOS 5 yang membolehkan pengguna Apple Watch berkomunikasi dengan menghantar mesej suara hanya dengan menyentuh jam pintar tersebut terus dari pergelangan tangan si pemakainya kepada mana-mana individu (dengan izin) diseluruh dunia.
Berikutan isu tersebut, pihak Apple telah meminta maaf kepada pengguna mereka dan mereka sedang menjalankan sisatan ke atas dakwaan tersebut.
"We were just made aware of a vulnerability related to the Walkie-Talkie app on the Apple Watch and have disabled the function as we quickly fix the issue. We apologize to our customers for the inconvenience and will restore the functionality as soon as possible. Although we are not aware of any use of the vulnerability against a customer and specific conditions and sequences of events are required to exploit it, we take the security and privacy of our customers extremely seriously. We concluded that disabling the app was the right course of action as this bug could allow someone to listen through another customer’s iPhone without consent. We apologize again for this issue and the inconvenience."
Sumber: Tech Crunch
Berkaitan
- "Ultra-Rare" Kasut Apple Ini Berharga Lebih RM225 Ribu
- Model Honda Accord Terdahulu Dinaik Taraf, Sokong Ciri Wayarles Apple CarPlay Dan Android Auto
- HUAWEI WATCH GT 4 Series Dilancar - GPS Lebih Tepat, Bateri Tahan Lebih Lama
- Penggodam Menyerang Sistem Teknologi Maklumat Pengeluar Jam Swatch
- Anda Akan Boleh Menonton Acara Istimewa Apple 2019 Menerusi Laman YouTube
- Apple Dan Google Membuang 3 Aplikasi 'Dating' Ini Kerana Pengguna Boleh Terdedah Kepada Pemangsa Seksual
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 13 Untuk Pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch
- Apple Tidak Membenarkan Watak Penjahat Dalam Filem Menggunakan iPhone
- Apple Melepaskan Kemas Kini iOS 13.2 Dan iPadOS 13.2
- Apple MacBook Air 15 Inci Mungkin Muncul Di WWDC