Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-11-21 at 11.46.51 AM

Apple Mahu Buat Modem iPhone Sendiri, Mungkin Tidak Guna Keluaran Qualcomm Dan Intel

Diterbitkan November 21, 2018 oleh Helmi Samsuri

Umum sedia mengetahui persengketaan antara Apple dan Qualcomm mengenai modem yang digunakan pada iPhone.

Syarikat yang berpengkalan di Cupertino itu kemudiannya beralih kepada model keluaran Intel dan kini timbul satu perkhabaran yang mula berlegar sejak minggu lalu, Apple mungkin membangunkan modem mereka sendiri.

Mengutip laporan dari Bloomberg, Apple sedang mencari sejumlah jurutera di San Diego bagi membangunkan cip Neural Engine AI dan cip tanpa wayar. Ia memberi indikasi kuat bahawa pengeluar iPhone itu tidak mahu bergantung kepada syarikat pembekal luar.

Difahamkan Apple sedang mencari individu-individu yang mempunyai kepakaran dalam modem 5G, gelombang milimiter, LTE dan juga teknologi Bluetooth.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY