Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
z flip5 z fold5 malaysia – 1

Tak Dijangka, Ramai Pratempah Galaxy Z Flip5 Dan Z Fold5

Diterbitkan Ogos 10, 2023 · Dikemas kini Ogos 10, 2023 oleh Firdaus

Samsung memperkenalkan Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 pada hujung bulan Julai lepas. Berbanding generasi terdahulu, siri peranti boleh lipat Samsung kali ini memberikan kualiti binaan dan lipatan yang lebih lengkap dan sempurna.

Untuk pengetahuan anda, keuntungan Samsung susut sekitar 95% berbanding tahun lepas untuk suku kedua 2023. Dan siri peranti boleh lipat tersebut adalah harapan Samsung untuk memutarbalikkan keadaan kewangan mereka.

Galaxy Z Fold5 & Z Flip5 Kuasai Korea Selatan

harga z flip5 malaysia

Dan untuk pengetahuan anda, kedua-dua peranti boleh lipat itu berjaya memecahkan rekod lebih 1 juta pratempah di negara Korea Selatan.

Secara tidak langsung, berjaya memecahkan rekod pratempah 970,000 untuk peranti boleh lipat Samsung pada tahun 2022 lepas.

harga z flip5 malaysia

Tidak mengejutkan, Samsung Galaxy Z Flip5 tampak lebih popular berbanding Z Fold5 kerana mewakili sekitar 70% daripada jumlah keseluruhan tempahan 1.02 juta unit.

Hal ini mungkin disebabkan harganya lebih murah, saiznya yang lebih kompak dan mesra dalam penggunaan satu tangan.

Pratempah Z Fold5 dicatatkan sebanyak 306,000 unit dalam beberapa hari sebelum tempohnya tamat. Dan ia menurun sekitar 21% berbanding rekod pratempah sebanyak 388,000 yang dicatatkan oleh Z Fold4.

Berkaitan

  • Ini Kelebihan Guna Bingkai Titanium Dalam Sesebuah Telefon Pintar
  • Apple Bukan Lagi Syarikat USD3 Trilion Tapi Masih Nombor Satu Di Dunia
  • PETRONAS Dan Firma Teknologi Abu Dhabi Jalin MoU Bangunkan Penyelesaian AI
  • Ikut Jejak Netflix, Disney+ Sudah Bagi Jangkaan Bila Akan Sekat Perkongsian Akaun
  • Cara Semak Jika Ada AirTag Orang Lain Berdekatan

Dan itu adalah pratempah untuk satu negara sahaja dan bukanlah mewakili keseluruhan pasaran global dan Malaysia. Oleh itu, saya yakin kehadiran generasi ke 5 peranti boleh lipat Samsung ini boleh melonjakkan semula pendapatan mereka bagi suku ke-3 dan ke-4 tahun 2023 ini.

Beli Samsung Galazy Z Fold5 – https://invol.co/cljf11r
Beli Samsung Galazy Z Flip5 – https://invl.io/cljf124

Sumber: Yonhap News Agency, GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY