Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G modem Apple Qualcomm

Apple Kekal Guna Modem 5G Qualcomm Untuk Beberapa Tahun Lagi

Diterbitkan Februari 1, 2024 ยท Dikemas kini Februari 1, 2024 oleh Amalina Athman

Qualcomm dalam persidangan laporan kewangan hari ini memaklumkan Apple melanjutkan perjanjian pelesenan cip modemnya sehingga Mac 2027. Perjanjian itu dilanjutkan selama dua tahun tambahan daripada perjanjian sedia ada.

Berkaitan

  • iPhone Terus Kekal Guna Modem 5G Qualcomm Hingga 2026

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Apple telah berusaha untuk membangunkan cip modem 5G sendiri. Ia bagi mengelakkan Apple bergantung pada Qualcomm untuk cip 5G. Namun, langkah itu dilihat mempunyai beberapa halangan.

Mark Gurman pada November 2023 berkata bahawa pembangunan cip modem 5G Apple telah ditangguhkan sehingga lewat 2025 atau 2026, dan kemungkinan ia akan mengalami kelewatan selanjutnya.

Pada mulanya, Apple menyasarkan untuk mempunyai cip modem rekaannya sendiri yang akan digunakan menjelang 2024, namun gagal. Ia kemudiannya ingin memperkenalkan cip modem dalam iPhone SE yang akan dilancarkan pada musim bunga 2025, tetapi sasaran itu juga nampaknya tidak akan tercapai.

Gurman ketika itu berkata Apple memerlukan bertahun-tahun lagi untuk menghasilkan cip yang mempunyai prestasi baik atau lebih baik daripada cip Qualcomm.

Tambahan pula, Apple juga dilaporkan telah menghadapi masalah dengan kod Intel yang telah digunakannya daripada pemerolehan perniagaan cip modem Intel. Syarikat itu terpaksa mencipta semula kod, selain perlu mengelak daripada melanggar paten Qualcomm semasa pembangunan modemnya.

iPhone dengan modem 5G Qualcomm

In an also not surprising development, on the @Qualcomm call, it was mentioned:

"Apple exercised its unilateral option to extend its global patent license agreement for an additional two years, taking the existing agreement through to March 2027"

— Ben Bajarin (@BenBajarin) January 31, 2024

Dengan melanjutkan perjanjian lesen paten global sehingga Mac 2027, bermakna kita akan terus menyaksikan penggunaan cip modem 5G Qualcomm dalam beberapa generasi iPhone akan datang.

Untuk model iPhone 16 Pro yang akan dilancarkan separuh kedua tahun ini, Apple dikhabarkan akan menggunakan modem Snapdragon X75 Qualcomm dengan carrier aggregation yang dipertingkat serta transceiver yang lebih cekap tenaga.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Facebook Perkenal 'Your Algorithm' - Pengguna Kini Boleh Sesuaikan Cadangan Kandungan Feed, Reels
  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
©2026 WISER.MY