Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beats Studio Buds +

Apple Lancar Fon Telinga Beats Studio Buds + Dengan Versi Lutsinar

Diterbitkan Mei 19, 2023 oleh ariff bukhari

Apple baru sahaja melancarkan fon telinga baharu iaitu Beats Studio Buds + di laman stor rasmi Apple Malaysia.

Hadir dengan 3 pilihan warna, tetapi yang paling menarik perhatian adalah versi lutsinar yang begitu menyerlah dan unik, menampakkan rekaan dalaman peranti audio tersebut.

Apple Lancar Fon Telinga Beats Studio Buds + Dengan Versi Lutsinar

Antara ciri utama Beats Studio Buds + ini adalah ciri pembatalan hingar aktif (ANC) serta cip “Beats Proprietary Platform” yang tersuai menyokong gandingan satu sentuhan dengan peranti Apple, Hey Siri dan sokongan Apple Find My serta penukaran peranti melalui iCloud.

Malah ia juga serasi dengan ciri Google Fast Pair, penjejakan Google Find My Device serta penukaran audio antara rangkaian peranti dan sistem pengendalian yang lebih luas.

Beats Studio Buds +
Beats Studio Buds + Warna Hitam / Emas
Beats Studio Buds +
Beats Studio Buds + Warna Ivory

Apple mendakwa ANC dan capaian suara semasa panggilan dibuat pada Studio Bud + telah dipertingkatkan dengan mikrofon yang 3x lebih besar.

Ia juga menyokong audio spatial untuk Dolby Atmos serta kalis percikan air IPX4.

Beats Studio Buds + sudah tersedia di stor Apple Malaysia dan berharga RM699.

Berkaitan

  • Anda Kini Boleh Mainkan 'Game' Popular Ini Dengan Percuma Selama 90 Minit
  • Kemas Kini iOS 16.5 Dilepaskan Dengan Pembetulan Pepijat
  • iOS 16.5 Tampal Sejumlah 39 Kelemahan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY