Syarikat itu sememangnya cukup berahsia dengan setiap projek yang mereka jalankan namun baru-baru ini, Apple telah berkongsi sedikit maklumat yang mampu menjawab teka-teki semua pihak.
Pengarah PenyelidikanKecerdasan Buatan Apple, Ruslan Salakhutdinov, pada satu acara tertutup telah berbincang sedikit mengenai projek yang berkait rapat dengan pemanduan automatik.
Antara yang dikongsikan oleh beliau adalah bagaimana teknologi AI dapat membantu kenderaan dalam mengenal pasti objek dan manusia disekeliling sewaktu keadaan yang sulit. Seperti contoh, ketika lensa kamera dibasahi oleh air hujan.
Difahamkan Apple telah mencipta satu sistem yang boleh dioperasikan pada kamera kenderaan. Ia mampu mengenal pasti kedudukan pejalan kaki walaupun ia terhalang dengan kereta yang diparkir.
Selain itu, ia turut berupaya menghasilkan peta 3D yang lengkap menerusi sensor kereta juga mempunyai ciri membuat keputusan dengan pantas apabila menghadapi situasi mendesak, seperti pejalan kaki yang tiba-tiba muncul.
Teknik berkenaan dipanggil sebagai visual SLAM (Simultaneous Location and Mapping) boleh digunakan sama ada pada kereta pandu sendiri, ataupun pada AR(Augmented Reality) dan VR (Virtual Reality).
Tidak dinyatakan bagaimana teknologi ini mahu dikomersialkan dan agak mustahil sekiranya Apple mahu melesenkan sistem itu kepada syarikat yang lain.
Bengkel tertutup tersebut dihadiri oleh penyelidik dari beberapa syarikat gergasi seperti Google, Facebook, Nvidia, Uber dan Microsoft.
Sumber: MIT Technology Review
Berkaitan
- Malaysia Perlu Waspada Teknologi 5G China - Daim
- Video: IPhone Masih Berfungsi Dengan Baik Walaupun Terjatuh Daripada Kapal Terbang
- Nintendo Patenkan Nama "Nintendo Switch Do", Mungkin Perkhidmatan Permainan Baru
- Asas Kepada Rangkaian 5G Malaysia Bakal Dibangunkan Celcom Dan Ericsson
- China Bakal Siapkan Pesaing Kepada Sistem GPS
- Silver Snipers - Pasukan Counter Strike Ini Dianggotai Pemain Berumur 60 Tahun Dan Keatas
- Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Yang Paling Digemari Untuk Jun 2018
- Data Percuma 1GB Sehingga Hujung Tahun Bukan Untuk Media Sosial Dan Permainan
- Pembesar Suara Bersaiz Kecil realme Dijual Pada Harga RM39 Minggu Ini
- Maksud Huruf "i" Pada Nama Produk Apple Dan Bagaimana Ia Bermula