Apple Kini Didakwa Miliki Lebih Daripada 1 Bilion Pengguna Aktif iPhone

Jika dalam tahun 2016 dahulu Apple meraikan penjualan 1 bilion telefon pintar iPhone, kini mereka bolehlah meraikan pula 1 bilion pengguna aktif iPhone.

Ia berdasarkan kepada laporan oleh penganalisis dari Above Avalon LLC, Neil Cybart yang percaya bahawa Apple Inc. kini miliki lebih daripada 1 bilion pengguna aktif iPhone.

"According to my estimate, Apple surpassed the billion iPhone users milestone last month" Neil Cybart



Menurut Neil Cybart lagi, Apple menambah pengguna iPhone pada setiap tahun sekitar 20 juta ke 30 juta pengguna baharu.

Tidak setakat itu beliau menjelaskan, menerusi penambahan pengguna baru iPhone setiap tahun, ia juga turut sama membantu memacu penjualan produk Apple yang lain seperti iPad dan Apple Watch.

Ia menunjukkan bahawa menerusi iPhone, Apple berjaya mengikat penggunanya untuk kekal dalam ekosistem Apple menerusi produk-produk keluaran mereka.

Apple yang baru sahaja melancarkan iPhone terbaru iaitu iPhone 12 dijangka akan terus menambah pengguna generasi baru.

Berkaitan