Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple watch hermes

Diam-Diam Apple Watch Edisi Hermès Dilancarkan Di Malaysia, Harga Cecah RM6,549

Diterbitkan April 6, 2023 · Dikemas kini April 6, 2023 oleh ariff bukhari

Tanpa sebarang makluman, Apple secara diam-diam telah melancarkan jam pintar Apple Watch edisi Hermès untuk pasaran Malaysia.

Edisi Hermès itu ditawarkan menerusi Apple Watch Series 8 varian 41mm dan 45mm yang telah dilancarkan pada September 2022 lalu.

Apple Watch edisi Hermès menawarkan pilihan warna menarik menerusi penawaran pelbagai jenis ikatan tali jam  yang boleh dipadankan bersama jam pintar tersebut.

Diam-Diam Apple Watch Edisi Hermès Dilancarkan Di Malaysia, Harga Cecah RM6,549
Diam-Diam Apple Watch Edisi Hermès Dilancarkan Di Malaysia, Harga Cecah RM6,549
Diam-Diam Apple Watch Edisi Hermès Dilancarkan Di Malaysia, Harga Cecah RM6,549

Harga jualan bagi Apple Watch Series 8 adalah bermula dari RM1,899 sehingga RM3,699. Bergantung kepada material dan jenis tali jam yang dipadankan bersama peranti.

Tetapi untuk harga jualan bagi Apple Watch edisi Hermès ini pula ia adalah lebih mahal iaitu bermula dari RM5,399 sehingga RM6,549 seunit.

Apple Watch edisi Hermès boleh dibeli secara online terus dari laman Apple Malaysia di mana anda boleh membuat pilihan aksesori anda sendiri.

Apple Watch Hermès

Antara ciri utama Apple Watch Series 8 adalah keupayaan bateri yang mampu bertahan selama 18 jam.

Malah jika diaktifkan ciri Low Power Mode, baterinya mampu bertahan sehingga 36 jam.

Selain itu Apple Watch Series 8 dilengkapi ciri baharu iaitu Crash Detection, di mana ia akan diaktifkan secara automatik jika berlaku kecemasan bagi menghubungkan penggunanya dengan perkhidmatan kecemasan, menyediakan lokasi dan memaklumkan kenalan mereka.

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Purata Kelajuan Muat Turun Digi 5G Adalah 18.7 Kali Lebih Pantas - OpenSignal
  • Siri HONOR Magic5 Dan Magic Vs Rasmi, Harga Bermula RM3299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY