Pengguna iPhone Yang Failkan Saman Isu Bateri Terhadap Apple Mula Terima Bayaran

Pengguna iPhone yang terlibat dalam pemfailan terhadap tuntutan kontroversi isu bateri iPhone akan mula menerima bayaran sekitar $92.17 (~RM428.77) bagi setiap tuntutan.

Malah bagi sebahagiannya juga mungkin ada yang akan menerima bayaran berjumlah hampir $1,000 (~RM4,652).

Pemfailan tuntutan itu menuduh Apple melakukan penipuan terhadap pengguna yang dengan sengaja mengurangkan prestasi iPhone apabila hayat bateri peranti itu semakin berusia.

Apple dituduh secara diam-diam memuatkan ciri yang dapat memperlahankan iPhone bermula iOS 10.2.1 bagi tujuan menangani isu seperti membolehkan bateri iPhone beroperasi lebih lama.

Tetapi ciri itu menyebabkan prestasi iPhone pengguna diperlahankan  Isu ini lebih dikenali pengguna sebagai “throttling”.

Apple telah pun mengeluarkan permintaan maaf rasmi sebagai respon terhadap tuduhan itu serta mengurangkan harga penggantian bateri iPhone dan menawarkan pengguna dengan pilihan untuk mematikan ciri ini dalam iPhone mereka.

Selain itu, Apple turut memperkenalkan ciri baharu kepada iOS untuk membantu mengurangkan kesan kemerosotan kesihatan bateri dari semasa ke semasa.

Apple bersetuju menerusi penyelesaian bernilai AS$500 juta (~RM2.3 bilion) pada Mac 2020 dahulu, tetapi masih menafikan sebarang salah laku.

Daripada $500 juta itu, $310 juta (~RM1.4 bilion) daripadanya akan diberikan kepada pengguna yang bersamaan dengan pembayaran sekitar $92 bagi setiap tuntutan pengguna iPhone yang terlibat dalam pemfailan tersebut.

https://twitter.com/mbrkhrdt/status/1743663751146946929?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1743663751146946929%7Ctwgr%5E1f1de36f43ac05407969f6511a7757665967a427%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fpublish.twitter.com%2F%3Furl%3Dhttps%3A%2F%2Ftwitter.com%2Fmbrkhrdt%2Fstatus%2F1743663751146946929

Dalam penyelesaian saman itu menyebut, model-model iPhone yang terjejas adalah dari model iPhone 6, 6 Plus, 6s, 6s Plus, 7, 7Plus atau SE yang menjalankan sistem operasi iOS 10.2.1 atau terbaru.

Juga meliputi pengguna iPhone 7 dan 7 Plus yang menjalankan sistem operasi iOS 11.2 atau terbaru sebelum 21 Disember 2017.

{suggest}

Sumber: MacRumors, Apple

Berkaitan