Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi Tawar Pra-Tempahan Apple Watch Series 5 Bermula 25 Oktober Ini

Apple Jual Lebih Banyak Jam Tangan Berbanding Tissot, Swatch Dan Lain-Lain

Diterbitkan Februari 6, 2020 oleh Helmi Samsuri

Swatch, Tissot, Hublot, Tag Heuer dan Breitling merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia jam tangan. Kesemuanya berpangkalan di Switzerland dan produk yang dihasilkan cukup popular serata dunia.

Kita mungkin beranggapan jenama-jenama ini kukuh memegang pasaran jam tangan dunia namun sebaliknya berlaku. Berdasarkan kaji selidik dari Strategy Analytics, Apple Watch lebih banyak dipasarkan berbanding kesemua jenama terkenal itu.

Kajian yang berlangsung untuk tempoh 2019 itu memperlihatkan peningkatan 36% bagi Apple Watch dengan 30.7 juta unit dipasarkan. Sementara itu, keseluruhan pengeluar jam tangan dari Switzerland pula menurun sebanyak 13% dengan hanya 21.1 juta unit berbanding tahun sebelumnya 24.2 juta unit.

Strategy Analytics

Antara faktor yang menyebabkan Apple Watch mendapat sambutan hangat adalah kerana rekaannya menarik dan dilengkapi teknologi mesra pengguna. Selain itu, golongan pengguna muda juga lebih terarah kepada penawaran jam tangan pintar.

Sumber: Strategy Analytics

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY