Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Jadualkan Satu Acara Khas Pada 12 September, Mungkin Bagi Pelancaran Model iPhone Terbaru

Apple Jadualkan Satu Acara Khas Pada 12 September, Mungkin Bagi Pelancaran Model iPhone Terbaru

Diterbitkan Ogos 31, 2018 oleh Haikel Areff

Apple dilihat telah menjadualkan satu acara ‘misteri’ yang bakal diadakan pada 12 September ini bertempat di Steve Jobs Theater, Cupertino. Perkara itu didedahkan melalui satu poster jemputan media ke majlis tersebut yang tersebar meluas di internet.

Apple Jadualkan Satu Acara Khas Pada 12 September, Mungkin Bagi Pelancaran Model iPhone TerbaruKredit : MacRumors

Ramai pemerhati yang berpendapat bahawa acara tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan tiga model iPhone terbaru serta siri jam pintar, Apple Watch Series 4. Sehubungan dengan itu, beberapa imej tidak rasmi kedua-dua peranti ini telah didedahkan di internet secara berleluasa.

Apple Jadualkan Satu Acara Khas Pada 12 September, Mungkin Bagi Pelancaran Model iPhone TerbaruKredit : 9to5Mac

Imej yang diperolehi daripada laman 9to5Mac di atas dikatakan adalah merupakan generasi iPhone XS. Kedua-duanya ialah model premium yang akan menggunakan skrin OLED bersaiz 5.8-inci dan 6.5-inci.

Apple Jadualkan Satu Acara Khas Pada 12 September, Mungkin Bagi Pelancaran Model iPhone TerbaruKredit : MacRumors

Manakala imej kedua ini pula kami perolehi daripada laman Mac Rumors, di mana ia memaparkan panel belakang ketiga-tiga model terbaru iPhone 2018. Ia termasuklah peranti mampu milik yang menggunakan skrin LCD serta kamera utama lensa tunggal, berada di antara dua model lain dalam gambar.

apple watch 4

Laman ini turut mendedahkan anggaran imej sebenar bagi jam pintar Apple Watch Series 4 yang diperolehi daripada @VenyaGeskin1 dalam kiriman yang sama. Siri kali ini dilaporkan akan hadir dengan paparan yang lebih besar, berikutan saiz bezel yang telah diminimakan.

Namun, seperti biasa, semua informasi di atas masih lagi di peringkat ura-ura kerana sehingga kini, hanya pihak Apple sahaja yang tahu apakah tujuan sebenar acara misteri itu diadakan. Sama-sama kita nantikan samada benar atau tidak andaian pemerhati industri ini.

 

Sumber : 9to5Mac, Mac Rumors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY