Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor magic7

Apple Intelligence Tidak Mampu Tandingi Tahap Ciri AI Magic7 – CEO HONOR

Diterbitkan Oktober 23, 2024 · Dikemas kini Oktober 23, 2024 oleh ariff bukhari

Siri Honor Magic 7 mempunyai ciri-ciri AI yang sangat hebat, bahkan melebihi keupayaan Apple Intelligence.

Itu dakwa Zhao Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Honor, menyatakan bahawa AI Agent dalam Magic 7 lebih unggul daripada teknologi AI Apple, yang telah diperkenalkan bulan lalu.

Berbanding Apple Intelligence yang hanya berfungsi dengan baik dalam aplikasi sistemnya sendiri, Honor AI Agent sebaliknya menyokong aplikasi pihak ketiga dan memastikan hubungan lancar antara aplikasi sistem dan aplikasi asing.

Sekali gus memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna. Siri Magic 7 juga dilengkapi cip terkini Qualcomm, yang meningkatkan keupayaan AI ke tahap baharu.

Honor Magic 7 akan menawarkan ciri seperti pengurusan tugas AI, pembantu imej AI, dan sambungan kereta AI, membolehkan pengguna menjalankan tugas harian, menghantar mesej, dan mengawal produk rumah pintar dengan arahan suara.

Siri tersebut akan dilancarkan bulan ini, sementara teknologi AI Apple hanya akan tiba di China tahun depan.

Honor di Snapdragon Summit yang sedang berlangsung telah mengumumkan bahawa siri Magic 7 akan menjadi yang pertama menampilkan AI Agent pada perantinya menerusi MagicOS 9.0 yang akan dilancarkan hari ini.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • HONOR Hadapi Tekanan Dan Cabaran Selepas Tinggalkan Huawei - CEO
  • Siri HONOR Magic7 Bakal Hadir Dengan Ciri Autopilot AI

Sumber: mydrivers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY