Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple refurbished

Apple Dominasi Pasaran Telefon Pintar “Refurbished” Pada 2022

Diterbitkan April 26, 2023 oleh Amalina Athman

Jualan iPhone “refurbished” menyaksikan pertumbuhan dua angka pada 2022, sekali gus mengukuhkan lagi penguasaan Apple dalam pasaran global untuk telefon pintar terpakai yang diperbaharui.

Berkaitan

  • Peranti ‘Refurbished’ Apple Mungkin Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Ini Sebabnya
  • Apple Mula Menjual iPhone 13 "Refurbished", Harga Dikurangkan Sehingga 15%

Menurut laporan Counterpoint Research, gergasi teknologi yang berpangkalan di Cupertino itu menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan pasaran telefon pintar refurbished pada tahun lalu.

Dinyatakan, jualan telefon pintar terpakai yang diperbaharui Apple meningkat sebanyak 16% YoY pada 2022, dengan perolehan 49% pegangan pasaran. Sementara itu, Samsung berada di tempat kedua dengan 26% pegangan, berbanding 28% pada 2021.

Apple Dominasi Pasaran Telefon Pintar “Refurbished” Pada 2022

Dari segi permintaan, India mendahului pasaran dengan pertumbuhan 19% YoY, manakala China mengalami penurunan sebanyak 17% dalam jualan telefon pintar terpakai yang diperbaharui pada tahun yang sama.

Secara keseluruhan, pasaran global bagi telefon pintar refurbished mempunyai pertumbuhan sebanyak 5% pada 2022.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY