Apple Disaman Kerana Teknologi Dwi Kamera Dalam iPhone 7 Plus Dan 8 Plus

Satu syarikat startup telah memfailkan saman terhadap Apple Inc. kerana menggunakan teknologi dwi kamera mereka tanpa kebenaran.

Corephotonics berkata yang Apple tidak diberikan kebenaran untuk menggunakan teknologi mereka yang telah dipatenkan di dalam peranti telefon pintar iPhone 7 Plus dan iPhone 8 Plus. Saman itu telah dilaporkan oleh Reuters di mahkamah persekutuan di San Jose pada hari Isnin.

Syarikat yang berpusat di Tel Aviv itu telah berbincang dengan Apple mengenai usaha kerjasama namun Apple tidak berminat untuk melesenkan teknologi berkenaan.

Apple memperkenalkan teknologi dwi kamera mereka dalam peranti iPhone 7 Plus tahun lepas dan bukannya satu-satunya telefon pintar yang menawarkan teknologi dwi kamera dalam telefon pintar dengan HTC Evo 3D memperkenalkan teknologi dwi kamera pertama pada tahun 2011.

 

Berkaitan